Thursday, November 26, 2015

PANAS! Datuk Siti Nurhaliza Bidas Komen Pengkritik Di Instagram

PANAS! Datuk Siti Nurhaliza Bidas Komen Pengkritik Di Instagram

Sejak minggu lalu kecoh dengan isu mengatakan Datuk Siti Nurhaliza yang kini sedang hamil namun sebarang kenyataan tidak dikeluarkan oleh empunya badan. Apa yang pasti pelbagai spekulasi negatif yang timbul ekoran tindakan Datuk Siti Nurhaliza yang seolah-olah mengunci mulut.

Menerusi laman Instagram milik Datuk Siti Nurhaliza, beliau telah membidas balik komen seorang pengguna Instagram yang memberi komen biadab terhadap penyanyi terkenal itu.

Komen balas Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 36, kepada pengguna Instragram yang memberi komentar biadap kepadanya benar-benar 'memberi pengajaran' kepada pengguna tersebut.

Komentar pengguna Instagram yang bernama Choomyncheeky yang mengatakan Siti sebagai seorang yang suka meraih perhatian dinyatakan secara biadap hingga mengguris perasaan Siti.
"Wanita ini benar-benar aneh, dari hendak kahwin sampai mengandung semua rahsia, sungguh melucukan dan dia sebenarnya seorang yang suka meraih perhatian," tulis Choomynecheeky yang merujuk kepada pendirian Siti yang masih merahsiakan perihal kehamilannya.
PANAS! Datuk Siti Nurhaliza Bidas Komen Pengkritik Di Instagram

Tidak melatah dengan komen itu, Siti lantas memberi 'nasihat' kepada Choomynecheeky agar 'keluar' dari 'halaman rumah'  Instagram itu.
"Maaf anda mengundang persekitaran yang negatif dalam rumah ini, saya kena lakukan ini (blocked) supaya anda boleh tenang dan bergembira tanpa memikirkan masalah saya bye! tulis Siti.

PANAS! Datuk Siti Nurhaliza Bidas Komen Pengkritik Di Instagram Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.