Tuesday, November 24, 2015

Maria Farida Bakal Nikah, Dedah Status Bakal Suami!

Maria Farida Bakal Nikah, Dedah Status Bakal Suami!

Cukup hangat dengan gosip yang mengatakan beliau merampas suami kawan baiknya sendiri iaitu Datin Karen Rahman serta kes bayaran tertunggak ketika menjadi duta kepada produk kecantikan milik Karen, Maria Farida nampaknya tidak akan membiarkan kontroversi berkenaan menghalang beliau untuk mengecapi kebahagiaan.

khabarnya Maria kini sedang sibuk menguruskan majlis perkahwinan beliau bersama seorang lelaki berpangkat Datuk yang bakal berlangsung beberapa hari lagi.

Maria dikatakan sudah hadir ke mahkamah baru-baru ini, untuk urusan perkahwinannya itu dan membuat permohonan untuk keizinan berkahwin menggunakan wali hakim.

Maria Farida Bakal Nikah, Dedah Status Bakal Suami!

Lelaki tersebut sebenarnya kawan baik Maria sendiri dan mempunyai anak-anak hasil hubungan terdahulu. Walaubagaimanapun, ia tidak menjadi masalah buat Maria kerana beliau mempunyai hubungan yang agak baik bersama anak-anak bakal suaminya itu. Malah, kedua-dua belah keluarga juga sudah merestui hubungan mereka.

Apapun tahniah diucapkan buat Maria Farida, semoga dipermudahkan segala urusan! Tak sabar nak tengok siapakah empunya gerangan yang berpangkat Datuk tu, hiks! 

Maria Farida Bakal Nikah, Dedah Status Bakal Suami! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.