Wednesday, November 18, 2015

Luahan Sayu Suami Kerani Wanita Yang Dibunuh Kejam, SEBAK!

Luahan Sayu Suami Kerani Wanita Yang Dibunuh Kejam, SEBAK!

Sejak isnin yang lalu menjadi bualan hangat di laman sosial dengan pembunuhan kejam membabitkan seorang kerani wanita. Berita tersebut benar-benar menggemparkan masyarakat.

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Tiada siapa pun yang sanggup kehilangan insan tersayang. Ditambah pula dalam sekelip mata. Kematian yang sungguh tragis!

Lebih memilukan mangsa pergi meninggalkan seorang anak yang berusia 11 bulan. Bayi yang masih lagi memerlukan perhatian dan penjagaan rapi dari seorang insan yang bergelar ibu. 

Allahurabbi! Sungguh berat ujian yang terpaksa ditanggung buat suami kepada arwah kerani wanita yang dibunuh kejam ini. Namun harus diketahui seberat apapun ujian yang melanda, kita sebagai hambaNya harus redha dengan segala ketentuan Illahi.

"Saya sedih melihat keadaan isteri saya yang dibelasah dan dibunuh dengan kejam, selain keadaan pakaiannya yang tidak terurus.

"Malah, beberapa bahagian badan arwah ada kesan lebam. Saya percaya arwah isteri cuba mempertahankan diri dan melawan penyerangnya," kata suami mangsa bunuh, Nurul Shahira Mohd Yatim, 29, yang mahu dikenali sebagai Faris.

Faris yang berkhidmat sebagai anggota tentera di Kem PULADA Ulu Tiram dekat Johor Bharu berkata, sebaik saja menerima berita mengenai isterinya dari jiran kelmarin, beliau cuba menghubungi mangsa. Namun tidak panggilan tidak dijawab sebelum memutuskan untuk pulang ke Muar. 

Mayat Nurul Shahira ditemui dengan leher dijerut menggunakan tali langsir dengan pakaian tidak terurus di hadapan pintu bilik tidur rumahnya di Taman Setia Kasih, Sungai Terap, kira-kira jam 6 petang kelmarin.

"Apabila melihat tubuh arwah, saya amat terkejut dan sebak. Saya sedih kerana arwah baru sahaja mula bertugas selepas bercuti kira-kira dua minggu akibat demam campak dan keadaannya yang masih lemah," katanya.

"Malah, beberapa barangan seperti gelang emas, telefon bimbit dan dompet juga didapati hilang," katanya ketika ditemui di perkarangan Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) semalam. 

Kali terakhir beliau bertemu dengan isterinya ialah Ahad lalu dan sempat bersarapan bersama sebelum pulang ke Kem PULADA kerana bertugas di situ. 

Allahyarham adalah anak kedua dari lima beradik dan mempunyai seorang anak berusia 11 bulan.

AMBIL BARANG

Sementara itu, abang mangsa, Mohd Adzrul Mohd Yatim, 31, percaya mangsa pulang ke rumahnya untuk mengambil beberapa barang sebelum bercuti bersama suami dan anak mereka.

Katanya, arwah jarang tinggal di rumah yang baru dibelinya itu kerana lebih banyak tinggal di rumah neneknya di Kampung Permatang Pasir, sejak kecil.

"Rumah ini lebih seperti rumah persinggahan sahaja kerana arwah hanya akan pulang ke rumah itu jika suaminya pulang ke Muar.

"Arwah sepatutnya bercuti bersama suami dan anaknya di Desaru. Tak sangka kejdian sebgini boleh menimpanya," katanya.

Sementara itu, jiran mangsa yang enggan dikenali mendakwa, beliau terdengar bunyi kenderaan mangsa kira-kira 20 minit selepas pulang mengambil anaknya di sekolah pada jam 1.45 petang.

ENJIN KERETA TIDAK DIMATIKAN

"Ketika itu hujan lebat, saya kemudian masuk ke dapur untuk makan tengah hari bersama keluarga. Selepas makan, saya ke ruang tamu dan masih terdengar bunyi enjin kereta mangsa yang tidak dimatikan.

"Tidak mengesyaki sesuatu, saya masuk ke dalam bilik tidur kira-kira jam 3 petang dan lelap. Saya hanya tersedar selepas mendengar bunyi azan dari masjid berdekatan dan masih mendengar bunyi enjin kereta mangsa.

"Saya kemudiannya menjenguk ke rumah mangsa dan mendapati tiada orang, kecuali enjin kenderaan yang masih hidup dengan pintu depan rumah terbuka.

"Saya kemudian meminta isteri saya memberikan salam, namun dia segan dan memutuskan menunggu seorang lagi jiran pulang dari tempat kerja," katanya.

Sebaik jirannya pulang, belua memaklumkan mengenai kecurigaan mengenai kenderaan di depan rumah mangsa yang enjinya masih hidup.

"Isteri jiran kemudian masuk ke dalam rumah mangsa dan terkejut melihat mangsa dalam keadaan terbaring kaki. 

"Berikutan itu, jiran saya segera menghubungi polis memaklumkan kejadian itu," katanya. 

Luahan Sayu Suami Kerani Wanita Yang Dibunuh Kejam, SEBAK! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.