Monday, November 16, 2015

Luahan Sayu Lelaki Susulan Tragedi Di Paris, Pasti Buat Anda Sentap!

Luahan Sayu Lelaki Susulan Tragedi Di Paris, Pasti Buat Anda Sentap!

Seluruh dunia telah digemparkan dengan berita yang amat mendukacitakan apabila negara Paris telah diserang oleh kumpulan pengganas Jumaat lalu. Ekoran dengan kejadian tersebut, pelbagai reaksi dan tanggapan netizen melalui sosial media.

Ada yang cuba membandingkan, mempertikai dan memperlekehkan kejadian yang berlaku di negara tersebut dengan Palestine dan juga negara-negara islam yang lain.

Oleh itu, lelaki yang bernama Dr. Sayed Ammar Nakshawani ini memberikan luahan terbuka yang boleh membuatkan mereka yang ‘memekak’ duduk terdiam!

Abang saya maut di Paris. Kakak saya di Beirut. Anak-anak saya pula di Afghanistan dan Baghdad. Beginilah kesedihan yang saya rasai. Anda tak perlulah mengatakan bahawa anda ambil berat terhadap satu negara sahaja dan membandingkan tragedi di sesebuah negara tersebut lebih teruk daripada yang lain. Apabila seseorang itu terkorban, kita juga telah ‘dibunuh’.

Berdoalah untuk Paris, berikan rasa sayang kepada Beirut, luahkan rasa kesedihan anda terhadap Afghanistan. Apabila kita sedang berkabung, jangan sesekali melakukan pertelingkahan dengan apa yang di sampaikan melalui Facebook atau mana-mana media sosial.

Kita semua mempunyai musuh yang sama, dan musuh tersebut adalah ISIS. Jika anda mahu meluahkan rasa geram, mereka lah orangnya kerana telah menyerang ‘kita’.

Saya tahu bahawa kita berasa seakan-akan hidup pada zaman yang amat berat, dan hakikat peristiwa-peristiwa yang menakutkan.

Tetapi pada masa yang sama, ini lah masanya kita mempunyai potensi untuk menunjukkan sikap berperikemanusiaan kita kepada yang lain. Jika anda Muslim, beritahu kepada yang bukan Muslim bahawa kamu juga menjaga kesejahteraan mereka.

Jika anda Shia, katakan perkara tersebut kepada Sunni, dan jika kamu Sunni, katakan kepada Shia.

Jika anda bukan Muslim, berikan rasa cinta dan kasih sayang anda kepada Muslim.

Berdoalah Untuk Dunia.

Di masjid-masjid dan pusat-pusat sembahyang anda, lakukan lah satu sesi bagi mengenangkan mereka yang terkorban. Bukan sahaja kenangan untuk tokoh sejarah kita, tetapi untuk kesemua yang tidak berdosa ini.

Berdoalah untuk dunia.

Luahan Sayu Lelaki Susulan Tragedi Di Paris, Pasti Buat Anda Sentap! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.