Sunday, November 8, 2015

Lagi Kes Kemalangan Di LPT2, Pesanan Akhir Suami Sebelum Ajal Menjemput!

Lagi Kes Kemalangan Di LPT2, Pesanan Akhir Suami Sebelum Ajal Menjemput!

Sedia maklum kes kemalangan yang membabitkan LPT2 sering kali berlaku. Angka kematian juga meningkat hanya membabitkan di LPT2. Kemalangan dan kematian demi kematian tragis dilaporkan berlaku.

Baru-baru ini kita baru sahaja dikejutkan dengan kemalangan tragis yang telah mengorbankan 6 nyawa berlaku di LPT2 kini satu lagi kemalangan dilaporkan telah berlaku.


Dalam kejadian, Mangsa, Muhammad Faizol Mohammad, 26, terbunuh selepas Perodua Myvi dipandunya terbabas dan melanggar tembok kepala jambatan sebelum kenderaan itu terbalik.

Beliau yang juga merupakan seorang jurutera baru sahaja enam bulan mendirikan rumah tangga. Sebelum kejadian meragut nyawa itu berlaku, mangsa dikatakan telah mengemaskini status Instagram yang menyentuh hati seolah-olah menggambarkan mangsa dapat merasakan ajalnya sudah tiba.
"Demi cinta yang suci, ku rela korbankan kepentingan diri, demi sinar bahagia, ku dambakan diri padaNya Yang Esa...," itu antara catatan terakhir Allahyarham.
Lebih memilukan, Allahyarham turut berpesan kepada isterinya agar menjaga diri dan mendoakan isterinya agar sentiasa dilindungi ALLAH SWT.
"Jaga diri, ALLAH akan sentiasa bersamamu."
Nahas berkenaan berlaku kira-kira jam 10.45 malam di Kilometer 252.1 di Jabor, dekat sini, ketika mangsa yang bekerja di syarikat minyak dan gas, Athlene Kerteh dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Kuala Terengganu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim, bedah siasat yang dilakukan mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

Sekaligus kemalangan tersebut menjadikan angka korban di LPT2 terus meningkat.

Lagi Kes Kemalangan Di LPT2, Pesanan Akhir Suami Sebelum Ajal Menjemput! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.