Sunday, November 29, 2015

Eksklusif: Identiti Gadis Berjaya Pikat Hati Abam Bocey Didedahkan

Eksklusif: Identiti Gadis Berjaya Pikat Hati Abam Bocey Didedahkan

Bagi peminat-peminat Abam Bocey pastinya anda mengetahui bagaimana pelakon dan pelawak ini kecewa beberapa kali apabila melibatkan kisah cinta. Namun kini tidak lagi apabila Abam telah berjumpa dengan pilihan hati.

Menurut Abam Bocey dia kini sedang berkawan rapat dengan seorang gadis yang berasal dari Sabah. Nak dijadikan cerita perkenalan Abam Bocey dengan gadis tersebut menerusi laman sosial.

Tambah Abam Bocey lagi sudah menjadi kebiasaan apabila beliau berkawan dengan mana-mana perempuan, beliau akan memperkenalkan individu terbabit kepada ibunya terlebih dahulu.
"Ya, saya sedang berkawan dengan seorang wanita. Perkenalan itu masih lagi baru. Saya mengenalinya melalui salah satu aplikasi laman sosial kira-kira dua bulan lalu. Memang kebiasaan, kalau saya berkawan dengan sesiapa, saya akan perkenalkan kepada ibu terlebih dulu."
"Saya sudah bawa dia jumpa dengan ibu untuk duduk semeja makan sama-sama. Dia nampaknya memang boleh masuk dengan ibu saya. Ibu saya pun selesa dengan gadis itu. Dia berasal dari Lahad Datu, Sabah. Cumanya, sekarang ini dia tinggal di Shah Alam, Selangor.
"Saya belum berkesempatan untuk bertemu dengan ibu bapanya lagi. Bagaimanapun, saya akan berjumpa dengan abangnya yang juga tinggal di Semenanjung terlebih dulu, jelasnya."
Selain itu, Abam turut berkongsi bahawa wanita berkenaan mula meminati dirinya selepas menonton program masakan selain turut memahami kerjayanya.

Wah! cayalah Abam Bocey ni, ada yang minat dalam diam-diam rupanya. Hiks! So sweet! Apapun All the best buat Abam Bocey. Semoga perkenalan ini membawa ke satu fasa perhubungan yang lebih serius! 

Eksklusif: Identiti Gadis Berjaya Pikat Hati Abam Bocey Didedahkan Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.