Thursday, November 5, 2015

Dia Pandang-Pandang, Lepas Tu Hon Pula... Ingatkan Nak Rompak!

Dia Pandang-Pandang, Lepas Tu Hon Pula... Ingatkan Nak Rompak!

Tindakan mulia seorang lelaki yang memulangkan dua buah telefon bimbit dan dompet kepada pemiliknya menjadi perkongsian hangat di laman Facebook semalam.

Menurut pelayar yang mengalami kejadian tersebut, seorang lelaki berbangsa India bernama David yang menunggang motosikal cuba menarik perhatiannya ketika memandu.
"Ada pasangan India pandang-pandang. Lepas pandang di hon hon pula. Saya tak sedap hati. Saya parking ke tepi, keluar kereta. Anak dan isteri duduk dalam kereta," tulis pelayar berkenaan.
Dia Pandang-Pandang, Lepas Tu Hon Pula... Ingatkan Nak Rompak!

Menurutnya lagi, lelaki India itu kemudiannya menghulurkan dua buah telefon bimbit dan dompet miliknya dan isteri.
"Bang you punya barang jatuh dari kereta, I hon you tapi you tak dengar," kata David yang bersama dengan seorang pembonceng wanita juga berbangsa India.
Bersyukur dan teruja dengan sikap baik hati David, pelayar itu kemudiannya berkongsi luahannya di Facebook yang kemudiannya menarik perhatian netizen.
"Hari ini bila berlaku dugaan ini, ALLAH SWT bukan sahaja lindungi harta saya, lindungi harta isteri saya juga.
"Kepada Encik David, Saya doakan kesejahteraan buat anda sekeluarga. Moga Tuhanku memberi kebaikan kepada kamu atas hati mu yang baik," tulis pelayar itu.

Dia Pandang-Pandang, Lepas Tu Hon Pula... Ingatkan Nak Rompak! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.