Monday, November 16, 2015

Berbalut Kain Putih, Disangka Mati Rupanya Tidur! MENYERAMKAN

Berbalut Kain Putih, Disangka Mati Rupanya Tidur! MENYERAMKAN

Bintulu: Seorang lelaki kurang siuman berbalut kain putih di Taman Tubina, Bintulu, di sini, yang disangka mati, rupanya sedang tidur, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, lelaki berusia 30-an berkenaan ditemui orang awam dalam keadaan berbalut kain putih dan menghubungi polis kerana menyangka ia adalah mayat ditinggalkan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada polis pada jam 7.17 pagi berhubung kejadian itu bagi menurunkan mangsa dari pusat rekreasi berkenaan.
"Bagaimanapun, ketika polis dan bomba mahu melakukan pemeriksaan, lelaki berkenaan tiba-tiba bangun dan beredar," katanya.
Menurutnya, lelaki berkenaan dipercayai kurang siuman dan sering tidur di beberapa kawasan di Bintulu dengan berbalut kain putih sebelum ini.

Berbalut Kain Putih, Disangka Mati Rupanya Tidur! MENYERAMKAN Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.