Monday, November 16, 2015

5 Fakta Menarik Tentang Emma Maembong Pasti Buat Anda Terkejut!


Siapa sangka disebalik perwatakan Emma Maembong yang dilihat memiliki rupa paras yang cantik dan lemah lembut di mata umum namun ada banyak lagi sifat-sifatnya yang terlindung, menjadi rahsia serta tidak diketahui oleh kita semua.

Berikut merupakan 5 tabiat dan perkara pelik tentang Emma Maembong:

1. Tak Pandai Makan Menggunakan Tangan/Jari

Sebenarnya Emma daripada kecil tidak biasa atau pandai makan pakai tangan. Dia hanya makan bila ada sudu dengan garfu sahaja. Bila dia cuba atau diminta makan menggunakan tangan dia pasti kekok dan paling kelakar posisi sikunya pasti akan naik ke atas secara automatiknya.

2. Tak Pakai Gincu Ketika Shooting

Jika artis lain menggunakan khidmat jurumekap artis untuk bersolek ketika syuting, lain halnya pula dengan Emma. Ketika syuting dia lebih selesa menyolek sendiri wajahnya. Emma juga menggemari solekan yang ringkas iaitu hanya menggunakan loose powder untuk wajahnya, melukis kening serta meletakkan maskara pada alis matanya. No lipstik! Emma tak suka gunakan gincu di bibir. Semuanya kerana dia sudah terbiasa menguruskan diri sendiri sejak awal pembabitannya dalam dunia lakonan sehingga sekarang.

5 Fakta Menarik Tentang Emma Maembong Pasti Buat Anda Terkejut!

3. Terjun Tengah Laut Tanpa Pelampung

Percaya atau tidak, Emma adalah a good swimmer. Dia bukan sahaja pandai berenang malah dia juga merupakan seorang penyelam yang baik kerana dia sendiri punya lesen menyelam. Dia seorang yang berani dan mampu terjun di tengah-tengah laut tanpa menggunakan pelampung serta jaket keselamatan.

4. Mudah Tertidur Di Dalam Kereta

Dia memang suka tidur dan dia akan tidur jika ada masa terluang walaupun cuma sedikit waktu. Port paling diminatinya adalah di dalam kereta. Pernah kami naik kereta hanya untuk ke kedai di depan rumah sahaja tapi dia boleh bantai tidur walaupun hanya 5 minit perjalanan.

5. Suka Patung Yang Pelik dan Hodoh

Jika kebiasaan gadis kat luar sana sukakan koleksi patung atau beruang yang comel untuk menemani mereka waktu tidur tetapi bukan Emma. Dia akan cari patung yang rupanya hodoh dan pelik untuk dibeli dalam koleksinya. Baginya ianya sesuatu yang rare dan dia mahu jadi lain daripada yang lain.

5 Fakta Menarik Tentang Emma Maembong Pasti Buat Anda Terkejut! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.