Thursday, November 26, 2015

10 Perkara Menarik Yang Anda Perlu Tahu Tentang Badrul Hisyam!

10 Perkara Menarik Yang Anda Perlu Tahu Tentang Badrul Hisyam!

Nama Badrul Hisyam Abdul Manap melonjak naik selepas berjaya meleburkan rekod Watson Nyambek, di Kejohanan Sukan ASEAN di Brunei dan seterusnya menyumbang pingat emas kepada negara dalam acara 100 meter.

Badrul terus melakar sejarah tersendirinya dengan bergaya selepas memenangi emas dalam acara 200 meter pada Selasa dan dalam acara 4x100 meter bersama rakan sepasukannya pada Rabu.

Pencapaiannya di Brunei, sekali gus mengatasi rekodnya sendiri yang dilakukannya dalam kejohanan yang sama di Filipina tahun lepas.

Berikut adalah 10 perkara yang perlu anda tahu mengenai pelari pecut muda, iaitu Badrul Hisyam Abdul Manap :

1. Atlet muda yang masih berusia 18 tahun ini berasal dan membesar di Melaka.

2. Badrul mula menceburi dan menyertai kejohanan olahraga sejak dari Darjah Lima.

3. Selepas bersekolah rendah di SK Batu Gajah Merlimau Melaka, Badrul meneruskan pendidikannya di Sekolah Sukan Negeri SMK Seri Kota di Melaka.

4. Ketika tingkatan empat, beliau mengikuti jurulatihnya ke Sekolah Sukan Malaysia Tunku Mahkota Ismail di Johor.

5. Badrul tidak mempunyai diet pengurusan pemakanan kecuali jika beliau mempunyai kejohanan yang terdekat. Katanya, “Jurulatih akan menentukan pengurusan pemakanan saya. Kalau dia tidak beri makan nasi, dia hanya akan beri makan roti.”

6. Selain olahraga, Badrul juga meminati pelbagai aktiviti sukan termasuk futsal dan badminton.

7. Jika melakukan latihan, Badrul akan melakukan latihan selama satu jam pada sebelah pagi, dan dua jam 30 minit pada sebelah petang.

8. Legenda pecut dunia, Usain Bolt merupakan idola Badrul.

9. Badrul merupakan satu-satunya pelari dalam ahli keluarganya.

10. Fakta tambahan : Badrul merahsiakan status hubungan cintanya.

Selepas kejohanan di Brunei, Badrul dijadual menyertai Kejohanan Dalam Dewan Asia di Doha, Qatar pada Februari tahun depan.

Tumpuannya juga kini terarah kepada Temasya Olimpik Rio 2016, namun bagi membuka peluang untuk beliau bersaing di pentas dunia, catatan masa 10.29 saat perlu diperbaiki.

10 Perkara Menarik Yang Anda Perlu Tahu Tentang Badrul Hisyam! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.