Wednesday, October 21, 2015

Wanita Dedah Dicabul Individu Berpangkat, MEMALUKAN!

Wanita Dedah Dicabul Individu Berpangkat, MEMALUKAN!

Seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Miss T mendakwa dicabul seorang doktor lelaki ketika menerima rawatan di sebuah klinik kerajaan di Klang, awal Oktober lalu.

Wanita berusia 29 tahun itu berkata, dia ke klinik tersebut bagi mendapatkan rawatan untuk sakit kepala dan batuk yang dialaminya.

Menurutnya, dalam kejadian 8 Oktober lalu, doktor tersebut meraba bahagian payudaranya beberapa minit ketika menjalankan pemeriksaan pernafasan.

Miss T mendakwa doktor tersebut mengarahkannya membuka baju termasuk coli namun ditolak sebelum doktor itu bertindak memasukkan tangannya ke dalam baju dan menyentuh payudaranya lagi.

Dia kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Klang selepas memaklumkan kejadian kepada kakitangan klinik itu.
“Saya mahu polis menyiasat doktor terbabit dan tidak mahu perkara yang sama berlaku terhadap wanita lain,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah, Klang semalam.
Miss T bagaimanapun mendedahkan sehingga hari ini dia masih belum dipanggil untuk memberi keterangan.

Dia hadir pada sidang media dengan memakai topeng dan topi serta baju yang sama pada hari kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Azman Abdul Razak ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan siasatan masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.
Sumber TheRakyatPost

Wanita Dedah Dicabul Individu Berpangkat, MEMALUKAN! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Unknown

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.