Monday, October 12, 2015

Wajarkah Tindakan Ini Dilakukan Terhadap Anak Anda?

Wajarkah Tindakan Ini Dilakukan Terhadap Anak Anda?

Jika kita lihat, tindakan ini kebiasaannya dilakukan ke atas haiwan peliharaan iaitu anjing namun lain pula bagi sessetengah masyarakat yang tidak gemar tindakan ini dilakukan ke atas anak mereka.

Kisah dan pendapat ini telah dikongsikan menerusi laman salah seorang pengguna Facebook Ashikin Hashim berkaitan Isu Harness ini.

Isu Harness.

Pada pendapat saya ia adalah satu cara yang selamat lebih-lebih lagi sekarang isu culik kanak-kanak semakin berleluasa.
Jika di Mekah & Madinah, penggunaan harness sangat biasa dan sangat berguna.

Bayangkan anak yang sudah mula dapat kaki, dia tak kira dah tempat itu selamat atau tidak. Nak berdukung sepanjang masa? Jika sanggup apa salahnya. 

Toddler carrier pun ok tapi anak kadang nak dilepaskan juga kan? 

Ada kerisauan di sini oleh ibu bapa yang menggunakan harness. Mereka risau pandangan tipikal Malaysian. " Hish...buat anak macam anjing! "

Aduh... Pandangan sebegini akan selalu ada dan sangat susah kita nak hapuskan. Apa sahaja yang kita lakukan pasti ada sahaja pandangan negatif.

Yang penting, anak kita terjamin keselamatannya. Usah risau tentang pandangan tipikal yang merugikan kita.

Apa pilihan anda, apa juga parenting style anda, ilmu itu sangat penting. Kita mesti saling hormat menghormati.

Wajarkah Tindakan Ini Dilakukan Terhadap Anak Anda? Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.