Tuesday, October 6, 2015

(Video) Wanita Ditetak Dengan Kejam!

(Video) Wanita Ditetak Dengan Kejam!

Sejak semalam, menjadi bualan hangat di media sosial mengenai satu video yang dimuatnaik memaparkan aksi kejam seorang wanita yang ditetak bertubi-tubi tanpa belas kasihan.

Mangsa dipercayai telah ditetak oleh dua orang individu yang mana dipercayai suami dan rakan mangsa.

Kejadian tersebut telah berlaku di sekitar Port Dickson, Negeri Sembilan jelas menunjukkan wanita berkenaan ditetak bertalu-talu di hadapan rumahnya dan cuba dileraikan oleh seorang wanita dipercayai ibu mangsa namun gagal. 

Bagaimanapun, dilaporkan pihak polis telah berjaya menahan kedua-dua suspek berkenaan selepas 30 minit kejadian berlaku.

Suspek berusia 24 dan 26 tahun itu ditahan polis ketika kira-kira jam 7 malam kelmarin di Plaza Tol Mambau selepas terlibat dalam kes menetak seorang wanita berusia 20-an di kediamannya di Taman PD Utama, di sini kira-kira jam 6.30 petang.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baharudin Mustapha berkata, polis bertindak atas maklumat ahli keluarga.

Menurutnya, sebaik menerima maklumat, polis segera menjalankan gerakan memburu suspek.
“Polis kemudiannya berjaya mengesan kereta yang digunakan suspek ketika kejadian jenis Perodua Myvi di kawasan Lukut dan terus mengekori kenderaan tersebut.
“Suspek yang menyedari mereka diekori memecut masuk ke Plaza Tol Mambau sehingga melanggar pengadang tol lalu keretanya tersekat di kaunter pembayaran dan anggota polis berjaya menahan mereka," katanya.
Pihak polis berjaya menemui dua bilah parang yang digunakan suspek di dalam kereta Myvi berkenaan.
“Salah seorang suspek adalah suami mangsa dan kedua-dua mereka direman selama empat hari hingga Isnin depan untuk membantu siasatan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 326 kerana mendatangkan kecederaan parah,” katanya.
Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala, tangan dan anggota badan kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Port Dickson.

Posted by Media Sensasi on Monday, October 5, 2015

(Video) Wanita Ditetak Dengan Kejam! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.