Tuesday, October 20, 2015

(VIDEO) Reaksi Orang Asli Pertama Kali Jumpa Orang Putih!

(VIDEO) Reaksi Orang Asli Pertama Kali Jumpa Orang Putih!

Tidak dapat nak bayangkan macam mana bila kita yang serba-serbi hidup dalam keperluan yang cukup lengkap, hidup dalam keadaan yang selesa, tiba-tiba terpaksa hidup di dalam pedalaman dan terputus segala bentuk perhubungan dengan dunia lua dan teknologi.

Rata-rata daripada kita dibesarkan dalam komuniti global dengan sistem perhubungan yang luas, tapi bagaimana pula jika kita hidup dalam keadaan amat terpencil sehingga langsung tidak tahu-menahu mengenai kewujudan bangsa lain?

Sekumpulan penyelidik telah menemui sebuah puak orang asli yang tidak diketahui asalnya.

Jelas ahli puak orang asli yang berkulit gelap itu sangsi dengan kedatangan manusia yang berkulit cerah dan bermata biru, kerana hampir kesemua mereka menghulurkan tangan untuk menyentuh kumpulan penyelidik itu sebelum menarik semula pegangan kerana terlalu takut.

Setiap pergerakan dan tingkah laku semasa pertemuan tidak sengaja itu dirakam oleh jurukamera dalam video berdurasi 14 minit 37 saat itu.

Sebagai hadiah ‘salam perkenalan’, salah seorang penyelidik itu memberikan mereka garam dan mancis kepada mereka dan salah seorang daripada mereka memutuskan bahawa mancis tidak enak rasanya.

(VIDEO) Reaksi Orang Asli Pertama Kali Jumpa Orang Putih! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Unknown

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.