Sunday, October 11, 2015

(VIDEO) Ikan Masih Hidup Walaupun Sudah Dimasak

(VIDEO) Ikan Masih Hidup Walaupun Sudah Dimasak

Sejak beberapa hari lalu, kecoh seketika dengan sebuah video yang menunjukkan seekor ikan sudah siap dimasak dan dihidangkan kepada pelanggan di sebuah restoran.

Video terbabit telah menjadi viral kerana ikan yang dihidangkan tersebut masih bergerak walaupun isi perut, insang dan sirip sudah dibuang manakala isinya sudah siap dimasak menyebabkan ada yang menggelarkan ikan berkenaan sebagai 'zombi'.

Kejadian ini telah dirakam oleh pelanggan berkenaan di restoran di Yuexiu, Guangzhaou, China.

Bagaimanapun ini bukan kali pertama video seperti ini dirakam, di mana sebelum ini turut menjadi viral di laman sosial ikan yang disiang dan sudah dibuang kepala masih hidup.

(VIDEO) Ikan Masih Hidup Walaupun Sudah Dimasak Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.