Sunday, October 4, 2015

(Video) Berang Punca Pengadil Bertindak Diluar Jangkaan!

(Video) Berang Punca Pengadil Bertindak Diluar Jangkaan!

Memang tidak disangkakan, kerana terlalu berang dan marah akan salah seorang pengurus pasukan dalam liga amatur tempatan, seorang pengadil bertindak mengeluarkan sepucuk pistol.

Pertengkaran yang dilaporkan sehingga menyebabkan pengadil yang juga bernama Gabriel Murta ditendang dan ditampar oleh para pemain pasukan pelawat, Amantes De Bola selain didesak oleh pengurus pasukan tersebut untuk mengenakan kad merah kepada salah seorang pemain pasukan tuan rumah, Brumadinho.

Akibatnya, pengadil berkenaan bergegas ke bilik persalinan dan kembali dengan sepucuk pistol serta mengacukan kepada pengurus pasukan Amantes De Bola.

Tindakan yang diluar jangkaan itu dihalang oleh pembantu pengadil yang berusaha untuk meleraikan pergaduhan. Menurut Pengarah Pengadil Bola Sepak Brazil, Giuliano Bazzano, pengadil Gabriel Murta akan menjalani ujian psikologi dan bakal berhadapan dengan pengguguran atau digantung seumur hidup daripada tugasnya sebagai pengadil bola sepak.

(Video) Berang Punca Pengadil Bertindak Diluar Jangkaan!
Seorang pengadil yang dipercayai berang dan bertindak mengacukan pistol.

"Menerusi perbincangan dengan Murta dan keputusan ujian psikologi, saya akan tentukan keputusan muktamad. 
"Apa yang terjadi jelas sekali bukan sesuatu perkara yang sering berlaku dan saya tidak mahu tergesa-gesa dalam membuat kenyataan atau keputusan," jelas Bozzano kepada The Mirror.

(Video) Berang Punca Pengadil Bertindak Diluar Jangkaan! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.