Monday, October 5, 2015

Petanda Apakah Wang Dinar Johor Ini? - PANAS!

Petanda Apakah Wang Dinar Johor Ini? - PANAS!

Menerusi laman Facebook milik TMJ Supporters telah berkongsi satu keping gambar menunjukkan rekaan wang Dinar Johor yang tertera wajah pemerintah Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Gambar tersebut menimbulkan tanda tanya kepada orang ramai seolah-olah negeri tersebut sudah pun bersedia untuk keluar daripada gugusan Malaysia.

Bukan itu sahaja, wang tersebut turut memaparkan cop Bank Johor Darul Takzim dan tandatangan Saifuddin Ali sebagai Gabenor Bank. Apa yang pasti pelbagai respon positif dan negatif netizen timbul ekoran daripada perkongsian gambar ini malah ada yang menganggap pergolakan dalaman akan terjadi menerusi perkongsian ini.

"Kiamat makin hampir…..Perpecahan akan menyeronokkan bangse asing yg memang teramat suka dgn apa yg bakal terjadi….Melayu mudah lupe….penyatuan yg susah payah diperjuangkan olih anak Melayu telah mula hancur olih propaganda musoh Melayu…..kesiannye kat bangse Melayu niiii….," 
"Kebodohan tahap maksimum!! Saya maksudkan nota tersebut bukan orang di dalamnya. Jangan pecahkan negara ini. Satukan rakyat dan negara bukan dengan propaganda tetapi dengan keikhlasan dan kerja keras," 
"sangat baik, kami akan menyokong" 
"idea yang baik. Bolehkah saya berhijrah ke JB? Undi dan sokongan saya akan bersama TMJ selama-lamanya!" 
Petanda Apakah Wang Dinar Johor Ini? - PANAS!
Gambar yang dikongsikan menerusi FB TMJ Supoorters.

Itulah antara komen dan respon netizen. Sebelum ini kontroversi turut berlaku apabila Johor dikatakan mengeluarkan arahan berkaitan penggantian bendera Jalur Gemilang dengan bendera daerah selepas berakhirnya sambutan kemerdekaan Malaysia.

Jika benar perpecahan ini berlaku, adakah negara Malaysia masih mampu aman damai seperti sedia kala? Ya Allah, hambaMu hanya mampu berdoa dan berserah kepadaMu. 

Petanda Apakah Wang Dinar Johor Ini? - PANAS! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.