Monday, October 26, 2015

Pengakuan Kamal Adli Terhadap Zizan Razak! Benarkah?

Pengakuan Kamal Adli Terhadap Zizan Razak! Benarkah?

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon Kamal Adli yang kini sedang hangat digosipkan dengan pelakon Emma Maembong, bekas kekasih Zizan Razak.

Dalam pada hubungan mereka yang dilihat semakin intim, timbul pula khabar angin mengatakan hubungan Kamal Adli dan Zizan Razak yang dikatakan mempunyai masalah.

Kamal Adli ketika ditemui  pada sidang media pelancaran produk terbaharu Est Cola di Sri Pentas di sini, semalam sebaliknya mengaskan beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan pelawak itu malah terkejut apabila namanya digugurkan dari membintangi filem arahan Syafiq Yusof itu.
"Saya sendiri keliru apabila timbul cerita-cerita kurang enak tentang kami berdua kerana setahu saya kami tidak pernah bergaduh dan sebagai seorang pelakon saya profesional jika kami digandingkan.
"Sekiranya benar nama saya digugurkan daripada membintangi Abang Long Fadil 2 kerana dia enggan kami bergandingan saya rasa ia tindakan kebudak-budakkan dan apa salah saya sehingga ingin menutup periuk nasi saya?," katanya.
Pengakuan Kamal Adli Terhadap Zizan Razak! Benarkah?

Kamal berkata demikian bagi menjawab gosip kononnya Zizan mula besar kepala dan enggan digandingkan dengannya dalam filem tersebut.

Terdahulu, Zizan dalam laporan sebuah akhbar mingguan pada Ahad mengambil sikap berdiam diri daripada mengulas isu berkenaan.

Dalam pada itu, Kamal menjelaskan sekiranya benar Zizan enggan bergandingan dengannya disebabkan dia kini rapat dengan aktres Emma Maembong lelaki berkenaan sepatutnya tidak perlu menoleh ke belakang kerana kisahnya dengan wanita berkenaan sudah menjadi sejarah.

Pengakuan Kamal Adli Terhadap Zizan Razak! Benarkah?

Malah kata Kamal, dia juga sudah penat memberi penjelasan sebelum ini bahawa dia bukan punca kepada perpisahan pasangan berkenaan.
"Dia lebih tahu dan tidak sepatutnya menyalahkan saya. Perkara yang sudah berlalu buat apa lagi dikenang, tolonglah 'move on'!," ujarnya.

Pengakuan Kamal Adli Terhadap Zizan Razak! Benarkah? Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.