Monday, October 12, 2015

Pendedahan Sebenar Suami Saman Isteri Kerana Anak Hodoh!

Pendedahan Sebenar Suami Saman Isteri Kerana Anak Hodoh!

Dahulu menjadi bualan hangat di media sosial menceritakan tindakan seorang suami yang menyaman isterinya kerana mendapat anak yang hodoh selepas berkahwin.

Selepas tiga tahun berlalu, akhirnya wanita terbabit yang juga merupakan seorang model, Heidi Yeh tampil menjelaskan cerita sebenar.

Sidang akhbar dibuat oleh Heidi Yeh. Menurut beliau, setelah gambar itu menjadi viral, dia bagaikan seolah-olah hidup di dalam neraka kerana sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Malah dikeji oleh orang ramai sehingga ada yang memanggilnya plastik.

Pendedahan Sebenar Suami Saman Isteri Kerana Anak Hodoh!

Menurut Yeh, gambar itu sebenarnya adalah gambar dari sesi photoshot yang dibuat untuk sebuah klinik kosmetik dan dia cuma menjadi model untuk gambar tersebut.

Pada awalnya, klinik itu cuma bersetuju untuk menggunakan gambar itu di dalam iklan bercetak namun tidak lama selepas itu, klinik tersebut mula menggunakan gambar yang sama di dalam iklan online. Selepas itu, gambar tersebut menjadi viral di media sosial.

Pendedahan Sebenar Suami Saman Isteri Kerana Anak Hodoh!

Iklan itu berbunyi "Satu-satunya benda yang kamu akan risau adalah bagaimana untuk memberitahu anak-anak".

Keadaan menjadi semakin parah apabila berita palsu mengenai seorang suami menyaman isterinya kerana mengeluarkan anak yang hodoh mula disiarkan oleh tabloid Heilongjiang. Tabloid itu meletakkan gambar 'keluarga Yeh' di dalam artikel tersebut.

Sejak dari itu, Yeh menjadi viral di seluruh dunia dan menjadi bahan jenaka orang ramai.

Pendedahan Sebenar Suami Saman Isteri Kerana Anak Hodoh!

Pendedahan Sebenar Suami Saman Isteri Kerana Anak Hodoh!

Yeh kini dalam proses untuk menyaman agensi pengiklanan yang terlibat dan juga klinik kosmetik tersebut sebanyak 785,000 yuan atau RM 514,000.

Pendedahan Sebenar Suami Saman Isteri Kerana Anak Hodoh! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.