Monday, October 5, 2015

PENDEDAHAN SEBENAR Gambar Viral Najib Dan Netanyahu!

PENDEDAHAN SEBENAR Gambar Viral Najib Dan Netanyahu!

Ekoran daripada tersebarya gambar antara Perdana Menteri, DS Najib dan juga Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ketika Perhimpunan PBB di New York baru-baru ini pelbagai tuduhan dan spekulasi timbul.

Ada yang menyatakan ia merupakan pertemuan yang dirancang dan sebagainya. DS Najib tampil menjelaskan perkara sebenar. Pertemuan yang dilihat menjadi viral itu merupakan pertembungan yang tidak dirancang di sebuah pintu di ibu pejabat PBB setelah Netanyahu selesai menyampaikan ucapan.

"Bukan saya jumpa...terserempak dekat pintu masuk ke PBB sebab dia berucap sebelum saya. Lepas tu saya berucap," jawab beliau.

Tambahnya lagi, Netanyahu sedang menunggu keretanya seleapas selesai berucap.

PENDEDAHAN SEBENAR Gambar Viral Najib Dan Netanyahu!
Gambar yang menjadi viral menyatakan pertemuan antara Najib dan Netanyahu.

"Jadi dia salam dengan saya, saya salam dengan dialah. Bukan ada apa-apa, bukan pertemuan. Terserempak secara kebetulan sahaja. Ini boleh disahkan oleh Menteri Luar dan wakil duta di Amerika Syarikat dan Wakil Tetap Malaysia di PBB," katanya menerusi BERNAMA.

Malah DS Najib turut memberitahu sekiranya ia merupakan pertemuan yang dirancang, sudah tentu dalam keadaan formal.

"Apa-apa boleh menjadi viral. Apabila anda viral, mereka memberi gambaran salah mengenai kebenaran. Ini adalah bahaya media sosial," katanya.

PENDEDAHAN SEBENAR Gambar Viral Najib Dan Netanyahu! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.