Thursday, October 22, 2015

Memalukan! Tindakan Gila Pelancong Asing China Cetus Perhatian

Memalukan! Tindakan Gila Pelancong Asing China Cetus Perhatian

Terdahulu kita digemparkan tindakan sekumpulan pelancong warga asing berbobel ketika berada di atas puncak Gunung Kinabalu. 

Selain berbogel mereka turut didakwa membuang air kecil di atas Gunung Kinabalu pada 30 Mei lalu.

Gambar mereka kemudiannya dimuat naik di media sosial sehingga menjadi viral.

Insiden itu membangkitkan kemarahan dalam kalangan masyarakat di Sabah, khususnya penduduk tempatan Kundasang kerana pelancong itu tidak menghormati adat resam tempatan.

Kini kejadian yang sama nampaknya berulang kembali apabila beberapa keping foto yang memaparkan pelancong asing didakwa dari China bergambar bogel di tepi pantai dipercayai di Sabah pula menjadi viral di media sosial.

Memalukan! Tindakan Gila Pelancong Asing China Cetus Perhatian

Foto yang memaparkan tujuh lelaki berbogel membelakangkan kamera sambil seorang wanita lengkap berpakaian mengadap kamera dipercayai dirakam di Pulau Sibuan, Sabah, baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah, Superintendan Peter anak Umbuas, pihaknya menerima maklumat berhubung penyebaran gambar itu beberapa hari lalu dan masih menyiasat sama ada foto terbabit dirakam di Semporna atau sebaliknya.
"Pihak polis akan mendapatkan kerjasama pihak Taman-taman Sabah (TTS) serta pengusaha pelancongan bagi mengesan identiti semua mereka yang terbabit.
"Kita sedang menyiasat kesahihan gambar itu kerana ada juga dakwaan ia dirakam diluar negara, namun dimuatnaik di Facebook kononnya berlaku di Sabah," katanya.
Antara gambar lain yang tersebar ialah tiga wanita dalam keadaan separuh bogel membelakangkan kamera dengan seorang lelaki berseluar pendek tersenyum.

Memalukan! Tindakan Gila Pelancong Asing China Cetus Perhatian Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Unknown

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.