Sunday, October 18, 2015

Luar Wanita Dalam Lelaki... KECOH!

Luar Wanita Dalam Lelaki... KECOH!

Fesyen lelaki berpakaian seperti wanita kini dilihat bukan perkara yang asing lagi dalam kalangan masyarakat hari ini. Ini jelas dapat dibuktikan kemana sahaja kita pergi tidak mustahil kita akan terserempak dengan spesis seperti ini.

Terkini dilaporkan, pegawai polis tempatan secara tidak sengaja menempatkan seorang lelaki berusia 23 tahun ke penjara wanita. Semuanya gara-gara tidak dapat membezakan jantina banduan!

Hal ini banduan tersebut, Terry Turner berpakaian seperti wanita ketika ditahan seterusnya dia dibawa ke penjara wanita Amerika Syarikat atas tuduhan mencuri.

Difahamkan, Terry telah memaklumkan bahawa dia adalah lelaki, namun pegawai polis terbabit dikatakan tidak mengendahkan pengakuannya itu.
“Dalam gambar waran, dia berpakaian seperti wanita malah sebelum dibawa ke penjara, dia memberitahu bahawa dia adalah lelaki,” ujar Sherita Turner, iaitu kakak kepada Terry.
Difahamkan, perkara tersebut hanya disedari selepas tahanan wanita menjerit tatkala melihat alat sulit lelaki berkenaan ketika dia sedang menggunakan tandas.

Susulan itu, Terry kemudian dipindahkan ke penjara lelaki dan kini telah dibebaskan.

Dalam perkembangan lain, pihak polis Shelby County kini sedang menyiasat mengapa Terry telah diletakkan di penjara wanita dan bukan pusat tahanan lelaki.

Luar Wanita Dalam Lelaki... KECOH! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.