Sunday, October 18, 2015

Luahan Sayu Anak Mangsa Korban Kemalangan Tragis - Puteri Nabilah

Luahan Sayu Anak Mangsa Korban Kemalangan Tragis - Puteri Nabilah

Pada 14 Oktober yang lalu kita digemparkan dengan satu berita yang amat menyayat hati dimana kemalangan tragis telah berlaku mengorbankan enam nyawa sekeluarga.

Kemalangan yang membabitkan kereta jenis Toyota itu telah terbabas sebelum merempuh dan terperosok dibawah sebuah lori treler di Kilometer 258.8 Lebuhraya Pantai Timur 2.

Dalam kejadian tersebut telah mengorbankan Azaman Ramli(bapa), 49, Noor Akmal Mohd Zain, 48,(ibu) Noor Amira Syahiran Alias, 22,(kakak) Aliff Hateem Azaman, 16, Aliff Hakim Azaman, 12 dan Aqeel Muslim Abdullah, 3(adik) membuatkan seorang gadis, Puteri Nabilah Azaman, 19, kehilangan kesemua ahli keluarganya sekelip mata dan menjadi anak yatim piatu.

Beliau dikatakan tidak mengikut keluarganya kerana dia bakal menduduki peperiksaan kolejnya.

Kehilangan semua insan tersayang dalam masa serentak cukup memeritkan apatah lagi kesemua mereka adalah insan yang cukup penting baginya.

Terbaru, beliau telah memuatnaik luahan hatinya di laman Instagram miliknya mengenai kejadian yang menimpanya ini. Berikut adalah nukilannya.

Luahan Sayu Anak Mangsa Korban Kemalangan Tragis - Puteri Nabilah

Allahurabbi, terlalu perit untuk diterima apabila kehilangan insan-insan tercinta dalam sekelip mata. Namun seperit apapun, kita sebagai hambanya perlu meredhakan segala ketentuan Allah. Diharapkan Puteri Nabilah tabah dan sabar menghadapi ujian dariNya. Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Al-fatihah buat mangsa yang terlibat, semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Luahan Sayu Anak Mangsa Korban Kemalangan Tragis - Puteri Nabilah Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.