Tuesday, October 6, 2015

Luahan Lelaki Ini Ada Benarnya... RENUNGKAN!

Luahan Lelaki Ini Ada Benarnya... RENUNGKAN!

Allah tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuan. Kisah Ini menceritakan mengenai seorang lelaki yang bekerja makan gaji dan bergaji hanya RM1,800. Jika difikir dengan kos sara hidup yang kini semakin tinggi, jumlah tersebut tidaklah mencukupi ditambah lagi jika sudah berkeluarga dan hidup pula di kota.

Beginilah yang dialami oleh lelaki ini apabila beliau merasakan jumlah tersebut tidak mencukupi untuk menanggung kos hidup diri dan keluarga walaupun si isteri bekerja dan berpendapatan lebih tinggi dari beliau.

Namun berkat usahanya yang bekerja keras dan rezeki dari Allah, beliau kini mampu melepasi satu tahap beban dari segi kewangan.

Luahan Lelaki Ini Ada Benarnya... RENUNGKAN!
Gambar Hiasan...

Jom ikuti kisah beliau:-

Aku ada tiga orang anak. Aku kerja bergaji RM1,800. Orang rumah aku kerja, gaji RM3,000. Ada tanggungan rumah dan kereta, susu, pampers, belanja dapur, pengasuh anak-anak, bil elektrik, bil air dan petrol untuk ulang alik ke tempat kerja.

Sampai hujung bulan, kami selalu sesak. Kereta, kadang-kadang sangkut tak berbayar. Walaupun aku ada buat kerja sambilan hantar buah potong pun masih tak cukup. Sampailah Allah menguji kami sekeluarga yang anak bongsu yang masih kecil itu sakit, aku suruh isteri aku berhenti kerja. 

Tak apalah, tawakal saja walaupun kami tengah sesak. Anak aku itu lagi penting dari segala-galanya.

Ajaibnya, tiga ke empat bulan isteri aku dah tak berkerja, semuanya berlalu dengan mudah. Kereta boleh bayar, rumah, keperluan sekeluarga semua cukup. Di hujung minggu, kami siap boleh makan di luar. Padahal selama ini, sangat susah untuk makan di luar. 

Makan pakai keluarga, serba lengkap. Siap ada duit lebih, aku kirimkan pada ibu. Padahal gaji aku, RM1,800 sahaja, ditambah dengan gaji kerja sambilan RM300, jadilah RM2,100. Rasa berkat sikit rezeki. 

Sekarang barulah aku faham, nafkah itu memang tanggungjawab suami. Kalau Allah dah kata komitmen suami, Allah akan cukupkan juga walaupun isteri tidak bekerja untuk menambah pendapatan keluarga.

Berkat isteri duduk di rumah juga terasa sangat. Balik rumah saja, ada masa dengan keluarga. Anak-anak sambut depan pintu. Padahal sebelum ini, masing-masing penat, rumah sunyi.

Sekarang aku faham yang Allah bagi kita kecukupan sesuai dengan keadaan kita. Kalau kita rasa tidak cukup, maka tidak pernah akan rasa cukup. Percayalah bahawa Allah akan selalu menolong hambaNya. Lebih-lebih lagi kalau kita mengikut fitrah yang Allah tetapkan.

Luahan Lelaki Ini Ada Benarnya... RENUNGKAN! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.