Monday, October 26, 2015

Lelaki Terima Padah, Handphone Terjatuh Dalam Lubang Tandas!

Lelaki Terima Padah, Handphone Terjatuh Dalam Lubang Tandas!

Seorang lelaki dari Zhejiang berdepan dengan nasib malang apabila telefon bimbitnya secara tidak sengaja terjatuh ke dalam lubang tandas cangkung. 

Tanpa membuang masa, lelaki itu terus memasukkan tangannya ke dalam lubang tandas untuk mendapatkan telefon bimbitnya yang mahal itu semula. Malangnya, lengan lelaki itu tersekat dan terperangkap dalam keadaan yang amat menjijikan.

Lelaki Terima Padah, Handphone Terjatuh Dalam Lubang Tandas!

Dengan air najis yang bertangkung 8 inci dari mukanya, mangsa terpaksa menjerit meminta tolong sebelum ditemui oleh orang awam yang menghubungi pihak Bomba dan pekerja kumbahan untuk datang menyelamat.

Bomba dan pekerja kumbahan berjaya mengeluarkan lengan mangsa bagaimanapun tidak dinyatakan sama ada mangsa berjaya mendapatkan kembali telefonnya atau tidak.

Lelaki Terima Padah, Handphone Terjatuh Dalam Lubang Tandas! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Unknown

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.