Tuesday, October 20, 2015

Komen Panas Penggemar Vape Wanita Buat Anda Sentap!!

Komen Panas Penggemar Vape Wanita Buat Anda Sentap!!

Trend menghisap vape kini mejadi semakin popular dalam kalangan masyarakat. Tidak kira golongan. Namun apa yang menyedihkan ia bukan sahaja diambil oleh golongan lelaki malah juga diambil oleh golongan wanita.

Rata-rata tindakan mereka mengundang reaksi hebat dalam kalangan masyrakat! Tidak kurang pula ada yang mengecam hebat tindakan tersebut. Mereka seringkali dikecam oleh netizen yang menganggap perbuatan itu tidak molek. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan wanita beragama Islam.

Memetik temubual wartawan The Malaysian Insider dengan beberapa pengguna Vape di Festival Vape Shah Alam di Shah Alam Convention Centre (SACC) menegaskan menghisap vape bukanlah sesuatu yang salah.
"Perempuan dengan lelaki sama saja. Kalau untuk perempuan tak elok kenapa lelaki elok pula? Kami bukan buat jenayah," kata Natasha Elina, 23, yang kesal tanggapan masyarakat yang tidak adil terhadap mereka.
"Saya dulu hisap shisha dan kini beralih ke vape. Tetapi kalau di tempat yang ada ramai orang tua, kalau boleh janganlah hisap," katanya yang bekerja sebagai pembantu peribadi.
Bagi Farah Hana Syazwani, 21, pula berpendapat, tiada salahnya jika perempuan minat dan menghisap rokok elektronik itu.
"Itu terpulang pada individu. Kalau perempuan bertudung hisap rokok, lagilah nampak teruk. Baik hisap vape," katanya sambil tersenyum. 
Komen Panas Penggemar Vape Wanita Buat Anda Sentap!!
Gambar Hiasan...
Dua gadis yang temui pula mengaku apabila mereka beralih ke rokok elektronik, ia banyak membantu mereka untuk berhenti dari merokok.
"Saya nak berhenti merokok dan saya suka dengan banyak perisa vape. Sehingga sekarang saya hanya hisap vape, tiada lagi melayan rokok tembakau. Lagipun kesan hisap rokok lebih teruk dari vape. Jadi apa masalahnya kan," ujar Tasha, 20, jurujual sambilan di festival tersebut.
"saya tak ketagih vape pun. Saya dah lama menghisap rokok, jadi sekarang baru nak belajar hisap vape. Kalau ada vape, saya kurang hisap rokok," kata Umi Kalsom, 21, pelajar kolej swasta.
Rata-rata wanita yang menghisap vape menyatakan rokok elektronik itu memberikan kepuasan kepada mereka dengan pelbagai perisa selain dari bau yang harum. Dari segi kos pula, mereka berpendapat ia lebih menjimatkan kerana ada model vape yang mampu milik dan kos penyelenggaraannya rendah.

Komen Panas Penggemar Vape Wanita Buat Anda Sentap!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.