Sunday, October 11, 2015

Komen Jasmin Hamid Isu Tak Bertudung Buat Pengkritik!

Komen Jasmin Hamid Isu Tak Bertudung Buat Pengkritik!

Sudah lama tidak mendengar khabar mengenai dramatis popular, Jasmin Hamid, meskipun dilihat masih aktif dalam lakonan. Bagaimanapun, namanya kembali menjadi sebutan setelah timbulnya kontroversi di laman sosial. Memandangkan sudah ramai artis yang dilihat berhijrah dengan mengenakan tudung, maka tidak hairanlah Jasmin atau nama sebenarnya Jasmiah Abdul Hamid turut dihujani pertanyaan itu oleh peminatnya di Instagram.

Tidak pernah menolak untuk ke arah itu (bertudung), Jasmin bagaimanapun kecewa kerana ada segelintir peminat yang menegurnya secara keterlaluan dengan memberikan komen yang terlalu negatif.
“Apabila teguran itu keterlaluan, pengikut yang sama memberi mesej pula pada ruangan peribadi, itu menyebabkan saya tidak suka dan ia akan berlarutan.
"Jika nak tegur atau nasihat, nasihatlah secara baik,” katanya.
Komen Jasmin Hamid Isu Tak Bertudung Buat Pengkritik!

Enggan memperbesarkan lagi isu tersebut, Jasmin memberitahu, dia lebih selesa menyekat sahaja pengikut tersebut daripada membalas kenyataan yang akhirnya hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.
“Jika saya tak suka saya akan sekat (pengikut), saya tak nak ada pengikut yang negatif, saya tak suka berkawan dengan orang seperti ini, untuk apa. Tiada kebaikannya.
“Saya juga tidak mahu memeningkan kepala memikirkan segala komen negatif daripada pengikut, asalkan kerjaya saya tidak terjejas,” katanya.
Berkongsi pula mengenai perkembangan seninya, pelakon berusia 42 tahun ini sedang sibuk dalam penggambaran drama Lara Terindah yang sedang ditayangkan di slot Ratu TV9.

Komen Jasmin Hamid Isu Tak Bertudung Buat Pengkritik! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.