Monday, October 5, 2015

Komen Jalaludin Hassan Isu Penyebaran Berita Palsu!

Komen Jalaludin Hassan Isu Penyebaran Berita Palsu!

Tak tahu nak cakap apa dah, kadang-kadang terfikir juga apa sebenarnya motif sebenar indvidu yang membuat cerita palsu ini.

Terkini, pelakon veteran, Datuk Jalaluddin Hassan pula yang menjadi mangsa. Beliau kini menjadi mangsa penyebaran palsu mengatakan beliau sudah menemui ajal pada sabtu yang lalu.

Berita palsu tersebut telah tersebar di laman sosial dan menjadi bualan hangat.

Menurut Datuk Jalaluddin Hassan, ketika berita tersebut tersebar, beliau berada di rumah dan terkejut menerima panggilan bertalu-talu daripada rakannya.
"Saya sedang berurusan dengan sebuah produksi mengenai projek yang bakal dijayakan melalui telefon. Jadi, saya tidak menjawab beberapa panggilan yang masuk pada waktu sama. "Rakan yang gagal menghubungi saya mula berasa bimbang. Apabila gagal mendapatkan saya, mereka menghubungi isteri saya. Tetapi, hendak dijadikan cerita, isteri juga tidak menjawab panggilan telefon kerana sibuk melayan cucu," katanya.
Komen Jalaludin Hassan Isu Penyebaran Berita Palsu!

Jalaluddin berkata, sebaik selesai berbincang dengan pihak produksi, beliau berpeluang menelefon seorang rakannya.
"Sebaik mendengar suara saya, rakan saya terus menangis. Saya terkejut dengan reaksinya itu dan bertanya apa yang berlaku. Rakan itu beritahu mengenai berita penyebaran kematian saya. 
"Kerana gagal menghubungi saya, rakan saya yang ketika itu berada di Kuala Kangsar, segera berkemas kerana mahu datang ke Kuala Lumpur untuk menziarahi saya," katanya.
Jalaluddin berkata, pada mulanya beliau tidak ambil pusing dengan penyebaran berita kematiannya itu. 
"Tetapi apabila terlalu banyak panggilan dan mesej menerusi aplikasi Whatsaap yang masuk daripada rakan seperjuangan, termasuk pihak produksi dari Singapura dan Brunei, saya jadi kecewa dengan mereka yang menyebarkan berita palsu ini. 
"Mereka menyusahkan rakan saya hingga emosi mereka terganggu. Bagi saya, orang yang menyebarkan berita itu rendah budi pekertinya. Apa perasaan mereka jika perkara sama terjadi kepada keluarga mereka?" katanya. 
Lebih mengecewakan pelakon drama Pengantin Popular itu lagi, bukan saja dirinya, malah bapanya, Tan Sri Hassan Azhari dan abangnya, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, turut didakwa meninggal dunia pada hari sama.

Komen Jalaludin Hassan Isu Penyebaran Berita Palsu! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.