Sunday, October 25, 2015

Ketahui Punca Suami Curang Ketika Isteri Berpantang!


Ketahui Punca Suami Curang Ketika Isteri Berpantang!

Biasanya, kalau selepas bersalin, isteri akan 'demand' untuk balik kampung duduk dengan emak dia. Katanya, ada orang boleh tolong tengok-tengokkan, ada orang jaga. Kalau mahu harap suami, memanglah tak boleh nak harap sangat. Dan lagi, emak boleh tolong masakkan. Tak perlu susah-susah, lagipun emak sendiri, bukannya emak mertua. Boleh manja-manja kan?

Namun tahukah anda bahawa perkara sebegini adalah antara bibit-bibit yang boleh membuatkan suami curang ketika isteri berpantang. Apakah sebab itu?

1) Rasa sunyi

Antara alasan lain ialah sunyi katanya. Biasa bila balik rumah, ada orang yang dia boleh sembang. Bila sendirian begini, mulalah rasa sunyi.

2) Rasa Bosan

Bukan sahaja sunyi, suami pula kata bosan. Sampai rumah, tidak tahu nak buat apa. Itu yang suami ligat capai handphone main wechat, Whatsapp dan lain-lain. Kena pulak terjumpa dengan perempuan lain yang bosan juga.

3) Mendapat Kebebasan

Bila isteri berada jauh di kampung, maka di sinilah bermulanya langkah suami yang rasa dirinya bebas. Ini adalah peluang yang pertama, kerana bila berjauhan, macam-macam boleh jadi. Siap ada yang bawa balik rumah! Nauzubillah. Sudah tentu bila ada anak kecil, anak itu juga akan di eksport juga ke kampung. Lain kali, biar berpantang di rumah sendiri. Biar dia tolong isteri, sengkang mata sama-sama.

4) Tiada Pantauan Dari Pihak Berwajib

Apa tidaknya, isteri jauh di kampung. Maka terlepaslah dia dari kena audit telefon bimbit. Malahan pukul berapa suami balik juga tiada siapa yang peduli.

5) Hasutan Kawan-Kawan

Mulalah ada yang mengejek, "Eh, relaksla bro. Bini kau bukannya ada kat rumah. Kat kampung kan? Masa ni la kita enjoyy. Jom pi massage?"

6) Suami 'Bajet Single

Apa tidaknya, bila berjalan berseorangan, tampak seperti lelaki bujang trang tang-tang pula. Bila berpakaian kemas sejurus balik pejabat, tentu ada mata-mata yang menyinggah.

7) Tidak Menghargai Pengorbanan Isteri

Kalaulah suami tahu betapa sakitnya isteri melahirkan anak, sudah tentu dia tidak sanggup curang. Lain kali, cuba bawa masuk suami dalam labour room. Biar dia tengok dengan mata kepala dia sendiri. Sekarang ini, sudah banyak hospital yang membenarkan suami masuk dalam labour room untuk temankan isteri. Mesra suami katanya.

8) Kahwin Kerana Nafsu

Bila kahwini isteri semata-mata nak 'main', maka beginilah jadinya.

9) Ada 4 Kuota

Ada juga suami yang berkata "Eh, kenal-kenal dengan perempuan lain je, bukannya ada apa-apa. Itu pun curang ke? Kau pahal? aku kan ada 4 kuota!" Nak buat macam mana suami yang macam ni?

10) Pantang Lama Sangat Sampai 100 Hari

Yang 44 hari pun tak boleh tahan, inikan lagi yang 100 hari. Wahai suami, 100 hari tu bukannya untuk siteri, tapi itu untuk kamu juga. Bagi isteri, peluang untuk 'recover' sepenuhnya. Bukannya isteri tak mahu 'bagi', cuma bawak bersabar boleh tak?

Sebenarnya, penat bila bercerita tentang kisah suami curang ketika isteri berpantang ini. Sudahlah penat mengandung, bila berpantang begini pula suami layan isteri.

Rasa-rasanya apa penyelesaian terbaik untuk kes suami curang ketika isteri berpantang ini?

Ketahui Punca Suami Curang Ketika Isteri Berpantang! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Unknown

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.