Thursday, October 8, 2015

Isteri Terima Padah, Sebar Video Curang Suami!

Isteri Terima Padah, Sebar Video Curang Suami!

RIYADH - ARAB SAUDI. Seorang wanita berhadapan hukuman penjara atau denda kerana merakam aksi suaminya yang didakwa curang dan menyebarkannya ke laman sosial Selasa lepas.

Menurut Emirates247, video berkenaan menunjukkan seorang lelaki yang memeluk dan mencium seorang pembantu rumah.

Isteri Terima Habuan, Sebar Video Curang Suami

Menurut peguam Majid Qaroob, wanita yang tidak dinamakan tersebut boleh dipenjarakan setahun.
"Wanita tersebut berdepan hukuman penjara satu tahun atau denda sebanyak SR500,000 (RM56,991) kerana memfitnah suaminya mengikut undang-undang jenayah teknologi maklumat," kata Majid.
"Undang-undang ini memastikan hukuman tegas kepada mereka yang menggunakan telefon bimbit dengan kamera atau peralatan lain untuk merakam gambar individu lain dan menfitnah mereka,” kata Majid.
Akhbar tempatan 'Sada' mendakwa video tersebut kini viral di laman sosial dimana warga maya menyuarakan sokongan terhadap wanita tersebut.

Isteri Terima Padah, Sebar Video Curang Suami! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.