Monday, October 5, 2015

Inilah Pembunuhan KEJAM Pernah Ditemui!

Inilah Pembunuhan Kejam Pernah Ditemui!

Allahurabbi, apa sudah jadi dengan dunia zaman sekarang, bunuh membunuh kini dilihat dijadikan sebagai satu amalan!

ZALIM, KEJAM, BINATANG!! Itulah selayaknya yang dipanggil terhadap pelaku yang melakukan jenayah ini. 

Seorang kanak-kanak berusia 9 tahun yang dipercayai hilang telah ditemui dengan keadaan yang amat tragis di mukim Kalideres, Jakarta, Jumaat yang lalu.

Kanak-kanak yang bernama Putri Nur Fauziah yang merupakan anak ketiga pasangan suami isteri Asep Saepuloh dan Ida Fitriyani telah dilaporkan hilang dipercayai telah diculik ketika keluar dari sekolahnya, SDN 05.

Lebih tragsi dan menyayat hati, mayat mangsa ditemui dalam keadaan tanpa seurat benang di mana kaki, tangan dan mulutnya diikat dengan pita pelekat dan disumbat di dalam kotak.

Inilah Pembunuhan Kejam Pernah Ditemui!

Menurut sumber, mayat mangsa ketika ditemui didapati terdapat kesan-kesan luka dan lebam pada seluruh badan serta terdapat kesan tusukan di bahagian kemaluan dan dubur mangsa.

Polis juga menemui seluar dalam berwarna hitam dan tudung berwarna putih milik Putri.

Berdasarkan hasil bedah siasat, mangsa telah mati lebih kurang 4 jam sebelum mayatnya ditemui dan pihak polis kini sedang giat menjalankan operasi memburu suspek.

Inilah Pembunuhan Kejam Pernah Ditemui!

Menurut ibu bapanya, sebelum keluar dari rumah, dia ada menyatakan hasrat untuk mengulangkaji pelajarannya bersama rakan-rakan, namun sehingga malam, anak ketiga mereka itu tidak pulang ke rumah.

Ibu bapa mangsa membuat laporan di balai polis pada keesokan hari berhubung kehilangan Putri. 

Inilah Pembunuhan KEJAM Pernah Ditemui! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.