Monday, October 12, 2015

Indonesia Luah Kekesalan Terhadap Negara Jiran

Indonesia Luah Kekesalan Terhadap Negara Jiran

JAKARTA: Indonesia meluahkan kekesalan terhadap masalah jerebu yang berpunca dari republik itu dan menjejaskan beberapa negara jiran termasuk Malaysia, kata Datuk Seri Najib Razak. 

Perdana Menteri berkata, Presiden Joko Widodo atau Jokowi menyedari kesulitan dihadapi rakyat Malaysia susulan kegiatan pembakaran hutan yang menyebabkan jerebu melanda sejak lebih sebulan lalu. 
"Dalam pertemuan hari ini, Presiden Jokowi menyatakan pendekatan menebang dan membakar hutan (untuk tujuan perladangan) adalah 40 kali ganda lebih murah. 
"Mereka miskin manakala kawasan yang perlu dibersihkan terlalu luas tetapi pada masa sama, fenomena El Nino menyebabkan kebakaran berlaku secara meluas," katanya kepada media Malaysia di Hotel Fairmont di sini, sebentar tadi. 
Terdahulu, Najib yang dalam lawatan kerja dua hari sehingga hari ini, mengadakan pertemuan hampir tiga jam bersama Jokowi di Istana Bogor.

Sumber Berita Harian 

Indonesia Luah Kekesalan Terhadap Negara Jiran Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.