Thursday, October 29, 2015

Guru Dedah Pernah Dimaki Teruk Pelajar... Kurang Ajar!

Guru Dedah Pernah Dimaki Teruk Pelajar... Kurang Ajar!

Memegang tanggungjawab sebagai seorang guru bukanlah sesuatu pekerjaan yang mudah. Walaupun ia dianggap pekerjaan yang paling mulia namun terdapat banyak risikonya.

Ini kerana di sekolah, guru terpaksa berhadapan dengan pelbagai situasi dan kerenah pelajar. Bertugas di sekolah menengah tidak sama dengan bertugas di sekolah-sekolah rendah. Lain ragamnya sifat yang ditunjukkan anak-anak murid. Kadang-kadang kenakalan dan kedegilan yang dipamerkan sukar untuk kita fahami.

Kisah ini telah dikongsikan oleh seorang guru yang mengajar di sekolah agama. Beliau menceritakan situasi sebenar bergelar seorang guru. Mungkin terlalu bengang ataupun sudah tawar hati menghadapi situasi pelajar zaman sekarang.

Saya cikgu dan saya sudah malas nak ambil peduli dengan anak-anak kau orang. Lantak pi lah nak hisap vape ke, nak warnakan rambut ke, nak ponteng sekolah ke, nak ikut jantan ke, nak bawa telefon main Facebook dalam masjid pun tak apa.

Buatlah apa sahaja, yang saya ingat, guru tidak dibenarkan memegang rotan dan tidak dibenarkan menghukum pelajar sama ada merotan, denda atau menghambur kata-kata yang kesat. 

Jadi, saya nak menjadi seorang guru yang mengikut akta serta disiplin. Datang sekolah, punch card, tunggu budak-budak datang, tekan loceng, masuk kelas. Mana-mana pelajar yang malas itu, suka hati merelah nak pergi ke tandas ke, nak pergi supermarket ke. Sampai waktu rehat, saya nak pergi makan di kantin. 

Yang jenis gengster-gengster nak terbalikkan meja ke, nak buli pelajar lain ke, nak menjerkah makcik kantin ke, nak ambil makanan tak bayar ke, suka hati merekalah. 

Dah habis waktu persekolahan, saya tekan loceng, mereka pun baliklah. Yang tak reti nak balik rumah, melepak sana sini pun ikut suka hati merekalah. Bukan saya nak jadi sangat jadi seperti ini, saya ini cikgu sekolah rendah agama. Perkataan 'Babi' pun budak-budak sekolah pernah hambur depan muka saya. Itu tidak kira lagi yang jenis jumpa selisih bahu muka masam. Sombong sebab cikgu pernah tangkap buat salah. 

Saya sebagai cikgu, inilah nasib seorang guru. - Cikgu Sekolah Rendah Agama

Guru Dedah Pernah Dimaki Teruk Pelajar... Kurang Ajar! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Unknown

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.