Thursday, October 29, 2015

(GAMBAR) Pegawai Trafik Bertindak Kejam, Tak Dengar Arahan!

(GAMBAR) Pegawai Trafik Bertindak Kejam, Tak Dengar Arahan!

Lain negara lain undang-undang. Namun tindakan pegawai trafik ini ke atas seorang lelaki China Adalah tidak wajar dilakukan.

Menakutkan apabila pegawai trafik bertindak melibas seorang lelaki China dengan kayu hanya kerana lelaki terbabit dikatakan tidak mendengar arahan.

Gambar kekecohan yang berlaku di lampu isyarat di daerah Zhenxiong di Yunnan telah menular dengan pantas menerusi Internet di negara itu.

(GAMBAR) Pegawai Trafik Bertindak Kejam, Tak Dengar Arahan!

Kejadian mula menjadi tegang selepas seorang pegawai trafik di situ menahan sebuah kereta dan meminta kesemua penumpang turun dari kenderaan untuk menjalankan siasatan.

Namun begitu, seorang lelaki yang dikatakan sedang nyenyak tidur di tempat duduk belakang enggan berbuat demikian sekali gus mengundang kemarahan pegawai terbabit.

Pegawai yang berang itu telah bertindak menarik lelaki terbabit keluar dari kenderaan itu dan memukulnya dengan kayu yang sangat panjang.

(GAMBAR) Pegawai Trafik Bertindak Kejam, Tak Dengar Arahan!

Isteri lelaki terbabit juga dilihat cuba menghalang pegawai tersebut daripada melakukan perkara itu namun ia hanya sia-sia.

Rata-rata masyarakat di sana terkejut dengan tindakan pegawai terbabit yang bertindak di luar jangkaan serta keterlaluan.

(GAMBAR) Pegawai Trafik Bertindak Kejam, Tak Dengar Arahan! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Unknown

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.