Wednesday, October 7, 2015

(GAMBAR) Lihat Mayat Ini, Penemuan Mengejutkan!

(GAMBAR) Lihat Mayat Ini, Penemuan Mengejutkan!

Kecoh di laman sosial apabila beberapa keping gambar sekujur mayat masih dalam keadaan elok walaupun sudah dikebumikan 6 tahun yang lalu.

Ekoran itu ia menjadi viral dan bualan hangat! Mayat yang telah dikebumikan sejak tahun 2009 yang lalu telah dijumpai oleh seorang penggali kubur di Kampung bukit Tukang Jusoh, Kuala Muda Kedah.

Namun apa yang mengejutkan, mayat yang ditemui itu dilihat seolah-olah seperti baru sahaja dikebumikan kerana kain kafan dan keadaan mayat masih elok. Biasanya kain kafan akan reput walaupun tidak sampai setahun berada dalam tanah.

(GAMBAR) Lihat Mayat Ini, Penemuan Mengejutkan!

Bimbang gambar ini hanya viral liar, pihak Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung(JKKK) Kubur Kampung Bukit Tukang Jusoh, Encik Khair bin Hassan telah dihubungi dan beliau mengesahkan hal berkenaan.

Menurutnya kejadian berlaku dua hari lepas di mana mayat berkenaan dijumpai oleh beberapa anak muda yang menggali kubur baru kerana terdapat kematian.
"Ceritanya begini, mayat yang telah dikebumikan pada tahun 2009 tersebut dijumpai oleh anak-anak muda yang menggali kubur berkenaan kira-kira jam 9:00 pagi Isnin lalu kerana ada kematian baru."
"Kerana kejadian ini terjadi, mereka telah menanam semula mayat berkenaan dan mencari lokasi baru bersebelahan lokasi, untuk jumpa bekas mayat lama reput tidak mustahil berlaku kerana tanah perkuburan ini sudah lama dan berlapis-lapis, cuma kali ini Tuhan nak tunjuk dekat kita tanda kebesaranNya," katanya.
(GAMBAR) Lihat Mayat Ini, Penemuan Mengejutkan!

(GAMBAR) Lihat Mayat Ini, Penemuan Mengejutkan!

Apapun, arwah memang seorang yang bertuah dan sudah pasti bukan calang-calang individu kerana itu adalah kelebihan bagi orang-orang yang beriman dan mungkin tergolong dalam salah satu dari sepuluh orang yang mayatnya tidak busuk dan tidak reput ini. Semoga roh beliau sentiasa dicucuri rahmat. Aminn!

(GAMBAR) Lihat Mayat Ini, Penemuan Mengejutkan! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.