Wednesday, October 7, 2015

Duda Didenda Pamer Aksi Memalukan Depan Rumah Siti!

Duda Didenda Pamer Aksi Memalukan Depan Rumah Siti!

Seorang duda anak dua didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang sebentar tadi atas pertuduhan menunjukkan kemaluannya di hadapan rumah penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza di Bukit Antarabangsa, Ahad lalu.

Majistret Noor Farah Hazwani Osman menjatuhkan hukuman itu terhadap Osman Amiruddin Sulaiman, 49,  dan dia turut diperintah menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Duda Didenda Pamer Aksi Memalukan Depan Rumah Siti!

Mengikut pertuduhan, Amirudin Sulaiman didakwa menunjukkan zakarnya di hadapan rumah penyanyi berkenaan jam 5 petang 4 Oktober lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Duda Didenda Pamer Aksi Memalukan Depan Rumah Siti! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.