Sunday, September 6, 2015

Video: SUBHANALLAH!! Tindakan Lelaki Ini Mampu Buat Airmata Mengalir

Video: SUBHANALLAH!! Tindakan Lelaki Ini Mampu Buat Airmata Mengalir

Nyata video seorang lelaki yang cacat penglihatan ini dimana pergi berjemaah telah mendapat perhatian ramai.

Sayu! buat diri berfikir sejenak, sampai tahap ini lelaki ini dalam mengerjakan ibadah sedangkan kita yang sihat, sempurna tubuh badan? Fikir-fikirkanlah!

Menerusi video ini jelas menunjukkan kecekalan seorang lelaki tua berjalan kaki secara perlahan sambil memegang tali yang telah diikatnya dari rumah hingga ke tiang elektrik berhampiran bagi memudahkan beliau pergi berjemaah.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum terhadap tindakan lelaki tersebut yang sanggup berjalan kaki walaupun buta.

Apa yang lebih mengagumkan beliau dikatakan pergi berjemaah ke masjid berkenaan pada setiap waktu masukknya waktu solat.

Berdasarkan laporan daily Al-Saudeh, sebenarnya video berkenaan telah dimuatnaik sejak Disember 2012 lalu tetapi walaupun ianya sudah tiga tahun berlalu tetapi kecekalan lelaki berkenaan pergi menunaikan solat berjemaah walaupun tidak dapat melihat wajar dipuji.

Dikatakan juga lelaki berkenaan sememangnya sudah uzur dan ada orang kampung menasihatinya supaya hanya melakukan solat dirumah kerana mereka kesihan melihatnya tetapi dia tetap berkeras untuk ke bersama jemaah lain menunaikan solat bersama-sama di masjid.

"Allah telah melucutkan nikmat pandangan daripada matanya tetapi Allah sentiasa memelihara imannya," tulis akhbar berbahasa arab berkenaan.

Walau apapun kekurangan yang dikurniakan oleh Allah, tidak seharusnya kita jadikan ia sebagai alasan untuk tidak bersujud padanya. Semoga kisah yang dikongsikan ini dijadikan pengajaran dan iktibar buat kita semua.


Video: SUBHANALLAH!! Tindakan Lelaki Ini Mampu Buat Airmata Mengalir Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.