Tuesday, September 22, 2015

(Video) Lumba Haram Di Lebuhraya KESAS - INSIDEN NGERI

(Video) Lumba Haram Di Lebuhraya KESAS - INSIDEN NGERI

MALANG tidak berbau, mungkin sudah lama melakukan kerja seperti lumba haram ini namun nasib masih menyebelahinya.

Kini mereka terpaksa akur apabila kemalangan yang tidak diingini menimpa hingga menyebabkan diri cedera parah.

2 buah video kejadian kemalangan yang melibatkan peserta lumba haram di Shah Alam Expressway (Lebuhraya Kesas) telah tersebar menerusi seorang pengguna Facebook bernama Semut Gergasi.

Ratusan orang menonton aksi yang ditunjukkan para pelumba haram yang akhirnya telah membawa kepada insiden yang tidak diingini. Kira-kira 6 buah motosikal terlibat sedang berlumba namun salah seorang daripada mereka dilihat cuba untuk memotongh sebuah kereta Proton Exora yang melalui kawasan terbabit.

(Video) Lumba Haram Di Lebuhraya KESAS - INSIDEN NGERI
Peserta lumba haram terlanggar belakang bahagian kanan kereta Proton Exora hingga terbabas.

Akibat kegagalan untuk memotongnya, dia terlanggar belakang bahagian kanan kereta tersebut sebelum hilang kawalan dan merempuh pelumba haram yang lain.

Kesemua pelumba akhirnya terbabas dan terseret di atas jalan raya kira-kira 100 meter. Geseran yang kuat itu menghasilkan api yang sangat menggerunkan.

Bagaimanapun, tidak pasti waktu kejadian ini berlaku namun ia difahamkan masih lagi insiden yang baru dan panas. Semoga insiden ini menjadi iktibar buat semua malah buat mangsa sendiri.

Jangan disebabkan perbuatan kita ada pula insan yang tidak berdosa menjadi mangsa seperti kejadian kemalangan yang meragut nyawa 3 beranak di Lebuhraya Duke. 


(Video) Lumba Haram Di Lebuhraya KESAS - INSIDEN NGERI Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.