Wednesday, September 2, 2015

VIDEO: Aksi Tawaf Lelaki Ini Timbul Tanda Tanya


VIDEO: Aksi Tawaf Lelaki Ini Timbul Tanda Tanya


Tindakan seorang lelaki yang menggunakan alat peluncur elektronik semasa tawaf nyata menerima pelbagai pandangan daripada netizen.

Tindakan tersebut mula mendapat perhatian sejurus selepas ada jemaah lain yang merakam aksi lelaki berkenaan dan dimuat naik ke laman sosial. Tindakan lelaki ini sekaligus mengundang tanda tanya dan persoalan sama ada ibadah haji yang dilakukan lelaki berkenaan sah ataupun tidak kerana tawaf mengelilingi Kaabah salah satu rukun haji.

Kebanyakkan mereka berpendapat jika lelaki berkenaan seorang yang sihat tubuh badan maka dia perlulah berjalan kaki untuk melakukan ibadah berkenaan sebaliknya jika tidak perlu menggunakan kerusia roda.

"Jika dia mempunyai masalah kesihatan, dia sepatutnya menggunakan kerusi roda. Jika pihak berkuasa menutup mulut, maka kita mungkin mempunyai satu inovasi dan ciptaan baru untuk tawaf dan tidak lagi memiliki semangat tawaf itu sendiri,".
"Penggunaan kenderaan dua roda ini tidak melambangkan sebarang pengorbanan kita dalam beribadat dan ia tidak sepatutnya di lakukan." Kata Faisal Altolibi, seorang pengguna laman sosial.
VIDEO: Aksi Tawaf Lelaki Ini Timbul Tanya Tanya
hands-free Segway...

Perbuatan lelaki tersebut sekali gus mungkin akan memberikan gangguan kepada orang ramai dan secara kasarnya ia seakan ‘mencuri’ ketika mengerjakan ibadah.

Apa yang pasti, netizen melahirkan kebimbangan adakah pengguna jenis pengangkutan ringkas ini bakal menjadi satu bentuk trend baru di Masjidil Haram.


VIDEO: Aksi Tawaf Lelaki Ini Timbul Tanda Tanya Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.