Tuesday, September 22, 2015

Suami Direman, Inilah Reaksi Umie Aida - TERBAIK!

Suami Direman, Inilah Reaksi Umie Aida -TERBAIK!

Kecoh seketika apabila suami kepada Umie Aida iaitu Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan direman susulan isu 1MDB. Isteri mana yang tidak susah hati apabila insan tercinta ditahan reman namun lain pula bagi Umie Aida yang nampak tenang dan tidak berada dalam keadaan tertekan walaupun suaminya ditahan.

Mungkin nampak tenang di mata namun dalam hati siapa yang tahu kan?

Suami Direman, Inilah Reaksi Umie Aida -TERBAIK!


Menurut Umie atau nama sebenar Umi Khalsum Rahmad, 42, penahanan suaminya pada Jumaat lalu itu mempunyai hikmah selain dugaan daripada Allah.
"Saya tidak risau atau tertekan kerana perkara itu adalah dugaan yang diberikan Allah mengikut kemampuan hamba-Nya.
"Tertekan tiada dalam kamus hidup saya dan saya yakin ada hikmah tersembunyi di sebalik penahannya itu," kata Umie.
Terdahulu, Khairuddin yang juga bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan telah direman selama enam hari bermula Sabtu lalu.

Suami Direman, Inilah Reaksi Umie Aida -TERBAIK!

Khairuddin ditahan pada malam Jumaat lalu di kediamannya di Bukit Kiara dan disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana dipercayai mengancam demokrasi berparlimen.

Sementara itu Umie berkata, pendedahan suaminya berhubung isu 1MDB tidak memberi sebarang keuntungan ataupun habuan buat mereka.

Katanya, apa yang dilakukan oleh Khadiruddin itu adalah ikhlas dan sebagai isteri dia tetap berdiri di belakang suaminya untuk memberi sokongan.
"Dalam keadaan apa pun saya akan tetap menyokong tindakan suami kerana apa yang dilakukan itu bukannya mendapat keuntungan peribadi kepada kami.
"Tindakannya itu ikhlas dan saya akan sentiasa berada bersamanya dalam apa jua keadaan sekali pun,"  katanya.

Suami Direman, Inilah Reaksi Umie Aida - TERBAIK! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.