Sunday, September 13, 2015

SAYU! Jumlah Terkini Mangsa Kren Hempap Masjidilharam

SAYU! Jumlah Terkini Mangsa Kren Hempap Masjidilharam

RIYADH: Angka korban kejadian kren tumbang di Masjidilharam, Makkah kini meningkat kepada 107 orang manakala 238 dilaporkan cedera.

Angka terbaharu itu dikeluarkan oleh Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi, pagi ini.
"Semua mereka yang cedera dan meninggal dunia sudah dibawa ke hospital," kata Jeneral Suleiman al-Amr, ketua pengarah Jabatan Pertahanan Awam kepada rangkaian televisyen al-Ikhbariya.
Angin kuat dan hujan menyebabkan kren bergoyang dan tumbang.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pentadbiran Masjidilharam Makkah dan Madinah, kren berkenaan menghempap di kawasan jemaah sedang melakukan tawaf di Kaabah.

Sementara itu, Tabung Haji (TH) mengesahkan setakat ini enam jemaah Malaysia cedera dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 4.30 petang waktu tempatan Makkah itu.

Sumber Berita Harian

SAYU! Jumlah Terkini Mangsa Kren Hempap Masjidilharam Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.