Wednesday, September 2, 2015

RESPECT GILER...! Alasan Sebenar Izreen Azminda Masih Solo


RESPECT GILER...! Alasan Sebenar Izreen Azminda Masih Solo

Walaupun sering kali dihimpit kontroversi yang mengaitkan dirinya dengan beberapa pelakon lelaki namun Izreen Azminda dilihat tenang hadapi situasi tersebut.

Ibu tunggal kepada Muhammad Adrian Umar, 2 tahun akui kini lebih selesa bergerak secara solo meneruskan kehidupannya setelah perrkahwinan yang dibina bersama Muhammad Riza Baharudin, 32 menemui noktah penamat kira-kira hampir setahun lalu.

Biarpun sebelum ini pernah berasa tertekan dengan status yang dipegang sebagai ibu tunggal namun itu semua bukan lagi menjadi penghalang kepada kebahagiaannya kini.

Malah dia bersyukur, walaupun tanpa insan bernama suami di sisi, tetapi dia semakin bahagia bersama anak tercinta, Muhammad Adrian Umar, 2 tahun.

"Alhamdulillah, hidup sendiri bukan bermakna kita tidak bahagia, sebaliknya saya gembira kerana ia menjadikan diri lebih kuat dalam berhadapan cabaran hidup.
"Realitinya, saya tidak mahu mengenang kisah lalu lagi dan biarlah ia menjadi memori sahaja," kata pelakon yang dikenali sebagai Izreen Azminda ini.
RESPECT GILER...! Alasan Sebenar Izreen Azminda Masih Solo
Aktres jelita Izreen Azminda...

Menurut aktres cantik ini, fokus kini diberikan kepada anaknya dan ia menjadi lebih mudah sekiranya perhatian hanya perlu diberikan kepada anak sahaja.

"Buat masa sekarang Andrian menjadi keutamaan saya. Bagi saya apa yang dilalui sekarang adalah lebih baik.
"Yang penting, saya telah bangkit dan terus mengorak langkah demi masa depan sendiri dan juga anak. Bahkan saya tidak pernah merasa terbeban membesarkan anak saya sendiri," ujar bintang drama bersiri popular Eksperimen Cinta ini.

Berkongsi lanjut perasaanya, Izreen Azminda akui beliau kini lebih selesa dengan status solo malah belum lagi bersedia untuk membina hubungan yang serius dengan mana-mana lelaki.

"Sehingga kini saya lebih selesa solo. Lagipun saya belum bersedia untuk memberikan komitmen kepada hubungan baru kini," katanya mahu mencari pasangan hidup yang benar-benar sesuai dan ikhlas menerima dirinya dan juga Andrian.

Pelakon berusia 30 tahun ini memberitahu, dia bagaimanapun tidak menolak sekiranya jodohnya datang tiba-tiba.

"Siapalah saya hendak menolak ketentuan Tuhan, apa pun, doakan yang terbaik untuk saya," katanya.

Jodoh itu datang dari Allah, setiap hambaNya yang diciptakan berpasangan. Doakan jelah yang baik-baik buat pelakon cantik ni. 

RESPECT GILER...! Alasan Sebenar Izreen Azminda Masih Solo Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.