Tuesday, September 22, 2015

Punca Sebenar Kematian Remaja Ini Amat Mengejutkan!

Punca Sebenar Kematian Remaja Ini Amat Mengejutkan!

Tidak dapat dinafikan permainan online amat popular dalam kalangan remaja pada masa kini. Akibatnya banyak masa terhabis sia-sia begitu sahaja. 

Mungkin sebab terlalu taksub dan ketagih membuatkan remaja ini menerima padah yang tidak dijangka.

Seorang remaja dilaporkan telah mati selepas bermain permainan komputer secara online selama 22 hari terus menerus.

Percaya ataupun tidak itulah kebenaran yang berlaku!

Remaja yang berusia 17 tahun itu dikatakan telah mengalami kecederaan patah kaki, dan hanya duduk di rumah. Ekoran itu, remaja terbabit hanya menghabiskan masa dengan bermain permainan Defence Of the Ancients secara berterusan dan hanya berhenti untuk tidur seketika dan makan.

Penyiasat juga mendapati remaja itu yang dikenali sebagai Rustam menghabiskan masa lebih 2,000 jam bermain permainan itu.

Doktor percaya dia mungkin mati akibat mengalami trombosis, kesan daripada duduk terlalu lama dan tidak bergerak.

Menurut jurucakap polis Svetlana, sepanjang 22 hari yang lalu dia hanya bermain komputer, berhenti seketika hanya untuk tidur dan makan. Remaja terbabit patah kaki akibat kemalangan pada Ogos yang lalu dan sejak itu dia menghabiskan masa di hadapan komputer.

Punca Sebenar Kematian Remaja Ini Amat Mengejutkan! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.