Monday, September 7, 2015

Permintaan Diana Rafar Terhadap Peminat. "Nak Tegur Kecik Hati Pulak".!

Permintaan Diana Rafar Terhadap Peminat. "Nak Tegur Kecik Hati Pulak".!

Trend menghisap vape sememangnya menjadi popular dalam kalangan masyarakat kini. Tidak kira peringkat umur. Namun ada juga yang gemar mengumpul vape ini dan menjadikan ia sebagai koleksi peribadi. Begitu jugalah bagi pelakon Zamarul Hisham suami kepada Diana Raafar.

Tindakan beliau yang mengumpul vape nyata kurang disetujui oleh Diana Raafar dan kerana itu beliau meminta pengikut laman Instagram miliknya menasihati suaminya agar berhenti mengumpul vape mahal kerana dianggap membazir dan tidak berbaloi.
"Ya Allah, tak dapat diungkap dengan kata-kata. Hanya mampu memendam jelah. Nak tegur, kang kecik hati pulak. Minta tolong followers kesayangku semua tegurkan abang Zamarul Hisham 93 kita ini boleh tak? Tak kisah kalau dia nak hisap vape tapi boleh tak suruh dia berhenti kumpul vape please? Dosa papa. Allah marah, membazir, Allah tak suka. Semua colour semua brand dia nak beli. Cam mana nak buat ni? Rasa nak suruh tutup je kedai vape Hembus Vapor kat bawah ni. Vape off please. Siapa sokong Diana, tolong bagi nasihat kat Zamarul Hisham. Ini  mesti semua geng abang lah ni. Sorry pa," katanya di laman Instagram. 
Permintaan Diana Rafar Terhadap Peminat. "Nak Tegur Kecik Hati Pulak".!
Diana minta peminat nasihat suaminya agar henti kumpul vape...

Susulan itu, ramai pengguna Instagram menasihati Zamarul Hisham agar berhenti terus dari menghisap vape sungguhpun masih belum terbukti bahawa rokok elektronik membahayakan kesihatan.

"Tak apa, mula-muka akan sakan kumpul semua. After a while he will stop buying and just vape dengan apa yang ada. Memang syndrome ini normal for all newcomer vapers. Stop smoking start vaping," kata Raja Azizul. 
Permintaan Diana Rafar Terhadap Peminat. "Nak Tegur Kecik Hati Pulak".!
Komen peminat...

Benar apa yang dikatakan oleh Raja Azizul, sememangnya beginilah perangai orang yang baru berjinak-jinak dengan vape. Soal mahal ditolak ketepi, apa yang penting, mereka juga memiliki vape yang dingini.

Namun perasaan keterujaan itu hanya akan bertahan seketika. Lama-lama kelamaan, sudah tentu mereka akan mula bosan dengan vape.

Bagaimanapun, kenyataan Diana itu hanya dibalas dengan gelak ketawanya sahaja yang membaca komen-komen followers di Instagram.

Permintaan Diana Rafar Terhadap Peminat. "Nak Tegur Kecik Hati Pulak".! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.