Wednesday, September 30, 2015

Perbualan Sempoi Staff Maxis Listens Mencuit Hati!

Perbualan Sempoi Staff Maxis Listens Mencuit Hati!

Memang kelakar sekali bila kami ikuti perbualan antara pelanggan dan juga petugas Maxis Listens ni. Tidak dinafikan memang agak mencabar juga pekerjaan dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh pekerja berkenaan.

Ramai pelanggan dan aduan yang perlu dilayan setiap hari. Bagaimanapun, ia tidak seharusnya dijadikan alasan untuk setiap pekerja berasa tertekan sepanjang masa melayan kerena pelanggan yang pelbagai ragam.

Buktinya ada pada kisah ini. Mungkin tindakan dan respon pekerja Maxis Listen ini dilihat sangat mencuit hati dan mungkin ia menjadi salah satu cara untuk dirinya tidak terlalu stress dalam menjalankan kerja.

Pekerja Maxis Listens yang bernama Firdaus Merican telah membalas aduan pelanggan Zahier Aiman Radzwan dengan cara yang cukup berhemah malah mencuit hati setiap pembaca dengan loghat utara yang digunakannya.

Kisahnya bermula apabila Zahier membuat aduan di laman Twitter Maxis Listens namun tidak dibalas. Kemudian, Zahier sekali lagi menghantar tweet berbunyi:

"reply laaa.."

Lantaran daripada itu, pekerja Maxis Listens, Firdaus akhirnya memberi respon yang akhirnya menghasilkan rangkaian perbualan yang mencuit hati. Jom ikutinya bersama-sama:

Perbualan Sempoi Staff Maxis Listens Mencuit Hati!

Perbualan Sempoi Staff Maxis Listens Mencuit Hati!

Perbualan Sempoi Staff Maxis Listens Mencuit Hati!

Perbualan Sempoi Staff Maxis Listens Mencuit Hati!

Perbualan Sempoi Staff Maxis Listens Mencuit Hati!

Perbualan Sempoi Staff Maxis Listens Mencuit Hati!
Kerja macam ni la baru orang suka, berhemah dan sempoi membuatkan pelanggan senang untuk berurusan. Apa-apa pun sangat teruja dan respect dekat si Firdaus Merican ni. Semoga terus sukses dalam kerjaya anda.




Perbualan Sempoi Staff Maxis Listens Mencuit Hati! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.