Sunday, September 13, 2015

Orang Lain Solat Jumaat, Kau Pula Buat Maksiat... MEMALUKAN!

Orang Lain Solat Jumaat, Kau Pula Buat Maksiat... MEMALUKAN!

KUALA TERENGGANU - Gejala maksiat di Pantai Batu Buruk bukan perkara baru.

Lebih menyedihkan, kelakuan tidak senonoh di kerusi konkrit disediakan itu turut berlaku ketika golongan lelaki menuju ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Tinjauan Sinar Harian, mendapati, kelakuan pasangan terbabit bukan sahaja mencemarkan kawasan peranginan itu, tetapi turut menimbulkan rungutan pengunjung wanita yang datang bersama anak masing-masing.

Rahimah Omar, 36, berkata, pihak berkuasa sebelum ini boleh dianggap berjaya menangani masalah itu tetapi malangnya, hanya sementara. Ia kini berulang semula.

Lebih memalukan, katanya perbuatan itu berlaku ketika orang lain bersiap untuk menunaikan solat Jumaat.
"Kejadian dipercayai melibatkan remaja yang datang dari luar daerah ini. Kalau tanya pendapat saya, pasti saya kecewa dengan tindakan remaja terbabit kerana mereka tidak mempedulikan orang ramai.
“Walaupun hanya dua, tiga pasangan remaja yang kelihatan memadu asmara, ia tetap memalukan kerana ketika itu khutbah Jumaat sedang disampaikan,” katanya.
Sementara itu, beberapa pekerja pembersihan kawasan pantai mengakui, kegiatan tidak bermoral itu turut berlaku pada hari biasa dan cuti umum.

Justeru, mereka berharap pihak berkuasa terutama Pejabat Agama Islam Kuala Terengganu dapat memantau kejadian itu agar tidak berulang.

Sumber Sinar Harian 

Orang Lain Solat Jumaat, Kau Pula Buat Maksiat... MEMALUKAN! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.