Sunday, September 20, 2015

Nora Danish Hampir Pengsan Kerana Afgan... Ape Kes?

Nora Danish Hampir Pengsan Kerana Afgan... Ape Kes?

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon kecil molek Nora Danish yang sememangnya menjadi perhatian umum.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah punca sebenar Nora Danish Hampir Pengsan kerana Afgan. 

Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 34, berkata, beliau terpegun dan terpesona dengan kemantapan vokal penyanyi kelahiran Indonesia yang begitu memukau.

Menurut Nora lagi, Afgan sememangnya penyanyi yang diminatinya sejak dahulu lagi menyebabkan beliau hampir pengsan ketika Afgan berduet dengan Datuk Rossa menyanyikan lagu kegemarannya berjudul Kamu Yang Ku Tunggu di Konsert Suara Hati Afgan yang bertempat di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.
"Sebenarnya sejak dulu lagi saya sudah meminati Afgan namun perasaan itu bertambah menggunung setelah hadir ke konsertnya semalam. Ternyata, Afgan dianugerah oleh Tuhan dengan vokal yang begitu luar biasa. 
"Saya seperti hendak pengsan ketika dia (Afgan) menyanyikan lagu duet berjudul Kamu Yang Ku Tunggu bersama Datuk Rossa kerana ia adalah lagu kegemaran saya. Malah, lagu Terima Kasih Cinta dan Jodoh Pasti Bertemu juga adalah antara lagu mendapat tempat di hati saya. 
"Saya sama sekali tidak menyangka Rossa akan turut sama membuat persembahan di konsert semalam. Jadi saya seperti terpegun ketika mereka membuat persembahan duet yang begitu indah sekali," katanya.
Nora Danish Hampir Pengsan Kerana Afgan... Ape Kes?


Pelakon filem Polis Evo itu menjelaskan bukan mudah untuk beliau meminati penyanyi sehingga ke tahap begitu namun pengecualian dibuat kerana Afgan mempunyai aura dan personaliti yang disenangi ramai. 
"Bukan saja mempunyai vokal yang mantap, Afgan juga bijak berkomunikasi dengan penonton yang hadir. Jenaka lucu yang digunakan beliau ketika konsert menyempurnakan lagi keseluruhan persembahan. 
"Boleh dikatakan sehingga ke hari ini saya masih lagi menonton video persembahan Afgan semalam. Sememangnya saya berpuas hati dengan konsert berskala besar Afgan buat julung kali di Malaysia ini," kata Nora dalam nada teruja.

Nora Danish Hampir Pengsan Kerana Afgan... Ape Kes? Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.