Tuesday, September 8, 2015

NAFSU BINATANG... Memang Patut Pun Kau Dipenjara Dan Disebat!!

NAFSU BINATANG... Memang Patut Pun Kau Dipenjara Dan Disebat!!

Ampang: Seorang penganggur berkelakuan jijik apabila memaksa seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun melakukan seks luar tabii dengan mengugut akan menembaknya menggunakan pistol mainan jika tidak mengikut arahannya di sebuah surau, tahun lalu.

Bagaimanapun, tindakan tertuduh, Nik Mohd Zamrie Nik Omar, 37, menerima pembalasan apabila dia dipenjara lapan tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hakim Suraiya Mustafa Kamal menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah apabila pertuduhan dibacakan.

Mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu 11 Disember 2014.

Berdasarkan pertuduhan pertama, Nik Mohd Zamrie didakwa melakukan perbuatan luar tabii terhadap mangsa sehingga mendatangkan ketakutan kepadanya di sebuah surau, dekat sini, jam 12 tengah hari pada 3 Disember 2014.

NAFSU BINATANG... Memang Patut Pun Kau Dipenjara Dan Disebat!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.