Tuesday, September 1, 2015

Mulianya Hatimu... Kisah Pemandu Teksi Undang Perhatian Netizen!

Mulianya Hatimu... Kisah Pemandu Teksi Undang Perhatian Netizen!

Bukan semua orang mampu berlaku jujur dalam setiap tindakan yang dilakukan. Tindakan seorang pemandu teksi ini seharusnya menjadi contoh untuk masyarakat zaman kini.

Kisah ini telah dikongsikan menerusi salah seorang pengguna Facebook yang menceritakan tentang kisah seorang pemandu teksi yang bertindak memulangkan kembali telefon bimbit milik penumpangnya.

"SEMOGA tuhan rahmati anda, Wahid!," kata seorang pelayar laman sosial selepas membaca kisah seorang pemandu teksi yang memulangkan kembali telefon bimbit milik penumpangnya, semalam.

Dalam perkongsian oleh Gina Chew Then Chong di Facebook, pemandu teksi bernama Wahid berjaya mengesannya yang turut serta dalam perhimpunan Bersih 4.0 semata-mata mahu memulangkan telefon bimbitnya.

"Dia (Wahid) berjaya mengesan saya dalam lautan manusia hanya semata-mata mahu memulangkan telefon iPhone 6 Plus saya," tulisnya. 

Menurut wanita berkenaan, dia tertinggal telefon bimbit miliknya itu kerana tergesa-gesa mahu berjumpa dengan kawan-kawannya.

"Ini menunjukkan betapa indahnya manusia yang ikhlas.
"Saya juga mahu memberikan ganjaran tetapi Wahid tidak mahu menerimanya," katanya lagi.

Wahid cuma mahu berkhidmat kepada pelanggan (penumpang), kata Then Chong.

"Tabik kepada Wahid. Selamat Merdeka!" katanya lagi sambil disambut komen-komen positif di Facebook.

Mulianya Hatimu... Kisah Pemandu Teksi Undang Perhatian Netizen! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.