Wednesday, September 16, 2015

MENGERIKAN! Lagi Kes Membabitkan Eskalator Menimpa Kanak-Kanak

MENGERIKAN! Lagi Kes Membabitkan Eskalator Menimpa Kanak-Kanak


Isu membabitkan eskalator bukan lagi perkara baru malah pernah menjadi bualan hangat dalam kalangan masyarakat sehingga ke hari ini. 

Terkini satu lagi kes yang sama membabitkan eskalator berlaku di China.

Dilaporkan, tangan seorang kanak-kanak perempuan tersangkut di eskalator yang sedang bergerak di sebuah pusat beli-belah lebih dari 40 minit dalam kejadian terbaru yang melibatkan eskalator di negara itu.

Dalam kejadian jam 4 petang semalam, semasa berjalan bersama neneknya, mangsa dikatakan tersadung dan jatuh sebelum tangannya tersangkut di celah kanan eskalator.

Tangan dan lengan mangsa tersangkut di tepi eskalator itu lebih dari 40 minit sebelum bantuan tiba.

Kakitangan pusat beli-belah yang mendengar tangisan mangsa dan neneknya itu segera menekan butang kecemasan bagi menghentikan eskalator itu. 

Mangsa yang berusia 3 tahun itu kemudian diberikan bantuan dan berjaya diselamatkan. Mangsa dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan.

MENGERIKAN! Lagi Kes Membabitkan Eskalator Menimpa Kanak-Kanak Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.